Pada 13 Januari 2016 (Rabu) jam 9.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat JKSNPP telah diadakan Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif sempena pelaksanaan EKSA JKSNPP anjuran Jawatankuasa Promosi. Juri pertandingan ini adalah terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang dan dua orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP).
Semua ketua zon telah mempersembahkan blog masing-masing buat kali yang pertama. Antara kriteria penilaian untuk pertandingan blog adalah dari segi imej korporat dan kreativiti, persembahan, kandungan serta komitmen ketua zon semasa hari pertandingan.
Pertandingan ini secara tidak langsung menggalakkan ahli-ahli zon bekerjasama secara berpasukan dalam menyumbang idea kreatif dan inovatif demi menjayakan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSNPP ini. Di samping itu juga, silaturrahim dan kerjasama yang lebih erat dapat terjalin antara rakan sekerja. Pemenang pertandingan ini akan diumumkan secara rasmi pada 5 Februari 2016 (Jumaat) di Perhimpunan Bulanan KHS Bil.1/2016.