Rekod Penambahbaikan


SISTEM PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN

Pada awal Ogos 2019, satu platform data buku OPAC telah dikenalpasti oleh Pentadbir Perputakaan JKSNPP. Melalui platform tersebut, satu sistem pinjaman buku atas talian telah berjaya dibangunkan. Sistem pinjaman buku yang diberi nama 'AlWalid' ini masih dalam proses memasukkan data buku, katalog dan data ahli , namun begitu sistem ini telah mula diguna pakai oleh pengguna pertama pada 16 Ogos 2019 dengan bantuan dan tunjuk ajar pentadbir perpustakaan. 
Tujuan utama pembangunan sistem pinjaman buku online ini adalah untuk memberi khidmat pinjaman buku yang cekap dan lebih sistematik kepada seluruh warga JKSNPP. Melalui sistem ini pengguna dapat  membuat pinjaman, melihat, mengakses malah memulangkan buku secara online tanpa perlu berada di perpustakaan.  Dengan adanya sistem ini, penggunaan kertas (borang) dapat dikurangkan dan sekaligus menjimatkan masa pengguna dan pentadbir perputakaan. Untuk maklumat lebih lanjut sila layarihttps://AlWalid.librarika.com


PROSEDUR PINJAMAN MANUAL













PINJAMAN ONLINE








































Berdasarkan laporan penambahbaikan susulan daripada Audit Dalaman EKSA pada 15/05/2014 adalah seperti berikut:

Cadangan penambahbaikan dari auditor:
Kemaskini sudut EKSA, sediakan jadual pemantauan bagi tandas/bilik mesyuarat. Kemaskini perpustakaan dan kabinet fail. Tambah lagi kemasan yang lebih bercirikan korporat. Stor perlu dirombak semula kerana tidak memenuhi kriteria audit. Kawasan sekitar pejabat juga perlu ditambah baik dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

  1. Laporan Audit bagi tahun 2015 dan 
  2. Laporan Audit 2 bagi tahun 2015


     

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail