Tuesday, 2 October 2018
MESYUARAT EKSA ZON LEBUH VICTORIA BIL 3/2018
Monday, 1 October 2018
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF, KAUNTER DAN BILIK FAIL YANG TERBAIK
KUIZ EKSA JAWATANKUASA INDUK LATIHAN

AKTIVITI KUIZ EKSA
PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2018 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINNAG
Jumaat, 7 September 2018- Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.
Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan acara senamrobik untuk meregangkan otot dan kebaikan kesihatan. Majlis kemudian disususli dengan ceramah berkaitan tajuk Amalan-Amalan Hijau Di Pejabat. Majlis diteruskan oleh Pengerusi Majlis, Tuan Mohd Najmuddin Bin Hj Mustafa dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zahir Bin Ismail. Majlis diteruskan dengan Kuiz EKSA yang dikendalikan oleh Tuan Muhamad Anuar Bin Shaari selaku Pengerusi Jawatankuasa Latihan EKSA, di dalam slot ini beberapa soalan diajukan kepada wakil zon-zon EKSA Jabatan bagi melihat kefahaman tentang pembudayaan amalan EKSA di Jabatan ini.
Agenda majlis kemudianya diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang, Anugerah bagi sesi ketiga 2018 telah diberikan kepada Puan Siti Rohayu Binti Desa (Pembantu Syariah di MRS Seberang Perai Utara) tahniah diucapkan semoga terus memberi perkhidmatan yang cemerlang pada masa akan datang. Jabatan kemudiannya telah berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada ahli Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang memperolehi Emas dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah & Sarawak. Acara berikutnya adalah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan EKSA yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA dan pemenang Kuiz EKSA yang diadakan diawal majlis sebentar tadi. Majlis kemudian diteruskan dengan Slot Jasamu Dikenang bagi meraikan kakitangan Jabatan yang telah bertukar iaitu Encik Mohd Shakhoff Bin Rosli yang bertukar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Mohd Hafiz Bin Akhmar yang bertukar ke Pejabatan Tanah dan Galian Daerah Seberang Perai Utara.
Maka tibalah masa untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang. Antara intipati ucapan YAA Dato' adalah supaya sebarang urusan dimaklumkan kepada penyelia untuk memudahkan pemantauan. Selain itu, kakitangan Jabatan hendaklah bertindak sebagai perantara kedapa orang awam bagi menjelaskan dasar-dasar yang dibuat oleh Jabatan. YAA Dato' juga turut aktiviti-aktiviti yang diadakan sebelum ini contohnya aktiviti mendaki Bukit Bendera supaya dapat teruskan kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi dan menyihatkan badan. Turut disentuh dalam amanat yang disampaikan adalah program yang terdekat Badan Kebajikan Sukan JKSN Pulau Pinang (BAKEPP) iaitu Hari Keluarga 2018 Jabatan.
Akhir sekali majlis menjemput ahli BAKEPP yang dilahirkan pada bulan Julai 2018 hingga September 2018 yang diraikan dengan pemberian cenderahati bagi memperingati hari kelahiran mereka. Berakhir sudah perhimpunan bulanan kali, warga Jabatan diminta menjamu selera dengan hidangan jamuan makan yang disediakan sebelum bersurai.
AKTIVITI GO GREEN
AKTIVITI GO GREEN
GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA
Jumaat, 17 Ogos 2018- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP), telah mengadakan gotong-royong perdana bil 2/2018. Gotong-royong ini telah diwajibkan kepada semua Zon EKSA di JKSNPP dan diadakan secara serentak mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang yang dijalankan sepanjang gotong royong perdana ini ialah mengemaskini bilik fail, membersihkan pantri dan mengemaskan ruang kerja masing-masing agar kelihatan cantik,bersih dan ceria. Semua warga Zon Lebuh Victoria memberikan kerjasama yang sepenuhnya serta menolong antara satu sama lain. Semangat ini yang perlu dipupuk pada setiap warga Zon Lebuh Victoria agar terus kekal. Syabas diucapkan kepada semua warga Zon Lebuh Victoria.
AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA
PERTANDINGAN BILIK FAIL PALING EFISIEN & KAUNTER TERBAIK
Rabu, 1 Ogos 2018- Jawatankuasa Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik yang berlangsung serentak di semua zon. Juri bagi pertandingan ini diketuai oleh Y.A.A Dato' Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie serta dua (2) orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina Binti Abo Mansor dan Encik Sufian Mohd Shadzaly daripada Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang. Antara kriteria yang diperlukan bagi Bilik Fail Paling Efisien ialah kebersihan dan kekemasan bilik fail, pelabelan pada ruangan bilik fail serta sistem kawalan dan pergerakan fail. Keceriaan dan kekemasan kaunter, mempamerkan maklumat korporat berkaitan kaunter dan perkhidmatan kaunter mesra pelanggan antara kriteria yang dinilai bagi Kaunter Terbaik. Zon Lebuh Victoria hanya dinilai bagi Bilik Fail Paling Efisien kerana tiada kaunter bagi Zon Lebuh Victoria. Sepanjang sesi penilain berlangsung, kesemua warga Zon Lebuh Victoria mengambil bahagian serta memberikan kerjasama yang terbaik kepada kesemua juri.Zon Lebuh Victoria memang terbaikkkk!!!!!
SALAM LEBARAN 1439H DARIPADA ZON LEBUH VICTORIA
Isnin, 13 Mei 2018-Sempena Syawal yang bakal menjelma, kami dari Zon Lebuh Victoria ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Semoga ketibaan Syawal ini, kami saling bermaaf-maaf antara satu sama lain serta dapat mengeratkan hubungan siraturrahim sesama kita.