Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Tuesday, 2 October 2018

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH VICTORIA BIL 3/2018

Khamis, 13 September 2018- Pada jam 9.30 pagi telah berlangsung mesyuarat EKSA Zon Lebuh Victoria Bil 3/2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.A.A Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie. Y.A.A Dato' memberi penekanan kepada semua teguran Audit Dalam EKSA yang lepas serta memperbaiki teguran yang terdapat semasa audit tersebut. Beliau menyeru semua ahli Zon Lebuh Victoria supaya bekerja lebih keras bagi menaikkan kembali imej Zon Lebuh Victoria bagi auditan yang akan dijalankan pada 02 hingga 04 Oktober 2018 oleh pihak MAMPU. Gotong-royong akan...

Monday, 1 October 2018

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF, KAUNTER DAN BILIK FAIL YANG TERBAIK

Jumaat, 7 September 2018- Kali ini kita beralih kepada keputusan pertandingan Blog Paling Kreatif, Kaunter dan Bilik Fail yang terbaik. Keputusan ini diumumkan semasa Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 yang berlangsung di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Lebuh Victoria mendapat tempat yang ke- 6 dalam pertandingan blog paling kreatif. Tahniah diucapkan. Semoga semua warga Lebuh Victoria berusaha untuk berjaya dalam pertandingan-pertandingan yang akan datan...

KUIZ EKSA JAWATANKUASA INDUK LATIHAN

Jumaat, 7 September 2018- Kuiz EKSA telah diadakan dalam slot Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 telah berlangsung yang dianjurkan oleh Jawankuasa Induk Latihan. Seramai enam (6) orang peserta mengambil bahagian dalam kuiz ini mewakili zon masing-masing. Pemilihan peserta dibuat melalui undian. Zon Lebuh Victoria diwakili oleh Encik Mohd Saufee Bin Nayan. Syarat pertandingan ini ialah mempunyai tiga (3) pusingan, setiap seorang perlu akan menjawab satu (1) soalan, jika peserta gagal menjawab akan dibuka kepada ahli zon, jika ahli zon juga gagal menjawab, zon lain dibenarkan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan tersebut perlu dijawab dalam masa...

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2018 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINNAG

Jumaat, 7 September 2018- Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.  Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan acara senamrobik untuk meregangkan otot dan kebaikan kesihatan. Majlis kemudian disususli dengan ceramah berkaitan tajuk Amalan-Amalan Hijau Di Pejabat. Majlis diteruskan oleh Pengerusi Majlis, Tuan Mohd Najmuddin Bin Hj Mustafa dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zahir Bin Ismail. Majlis diteruskan dengan Kuiz EKSA yang dikendalikan oleh Tuan Muhamad Anuar Bin Shaari selaku Pengerusi Jawatankuasa Latihan EKSA, di dalam slot ini beberapa soalan diajukan kepada wakil zon-zon EKSA Jabatan bagi melihat kefahaman...

AKTIVITI GO GREEN

Isnin, 20 Ogos 2018- Alhamdulillah Zon Lebuh Victoria telah berjaya menganjurkan aktiviti Go Green iaitu menanam pokok di perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Sebanyak tiga (3) jenis pokok telah ditanam sepanjang perkarangan, antaranya ialah Pokok Tunjuk Langit, Pokok Mahkota Dewa dan Pokok Buah A'tin. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga Zon Lebuh Victoria kerana berjaya mengadakan aktiviti ini serta memberi komitmen yang penuh. AKTIVITI GO GREEN ...

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA

Jumaat, 17 Ogos 2018- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP), telah mengadakan gotong-royong perdana bil 2/2018. Gotong-royong ini telah diwajibkan kepada semua Zon EKSA di JKSNPP dan diadakan secara serentak mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang yang dijalankan sepanjang gotong royong perdana ini ialah mengemaskini bilik fail, membersihkan pantri dan mengemaskan ruang kerja masing-masing agar kelihatan cantik,bersih dan ceria. Semua warga Zon Lebuh Victoria memberikan kerjasama yang sepenuhnya serta menolong antara satu sama lain. Semangat ini yang perlu dipupuk pada setiap warga Zon Lebuh Victoria...

PERTANDINGAN BILIK FAIL PALING EFISIEN & KAUNTER TERBAIK

Rabu, 1 Ogos 2018- Jawatankuasa Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik yang berlangsung serentak di semua zon. Juri bagi pertandingan ini diketuai oleh Y.A.A Dato' Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie serta dua (2) orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina Binti  Abo Mansor dan Encik Sufian Mohd Shadzaly daripada Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang. Antara kriteria yang diperlukan bagi Bilik Fail Paling Efisien ialah kebersihan dan kekemasan bilik fail, pelabelan pada ruangan bilik fail serta sistem kawalan dan pergerakan fail. Keceriaan dan kekemasan kaunter, mempamerkan maklumat korporat berkaitan kaunter dan perkhidmatan kaunter mesra pelanggan antara kriteria yang dinilai bagi Kaunter Terbaik. Zon Lebuh Victoria hanya dinilai bagi Bilik...

SALAM LEBARAN 1439H DARIPADA ZON LEBUH VICTORIA

Isnin, 13 Mei 2018-Sempena Syawal yang bakal menjelma, kami dari Zon Lebuh Victoria ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Semoga ketibaan Syawal ini, kami saling bermaaf-maaf antara satu sama lain serta dapat mengeratkan hubungan siraturrahim sesama kita.                 ...

Page 1 of 14123Next

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail