AKTIVITI GO GREEN
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG
Rabu, 23 Mei 2018- Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Terdapat dua (2) juri jemputan telah dijemput dari Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri pada hari ini iaitu Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa sebagai juri jemputan bagi menilai dan memberikan pemarkahan untuk pertandingan ini. Sebanyak empat (4) kriteria telah dinilai di dalam pertandingan ini iaitu Kandungan Blog, Persembahan, Kreativiti dan Korporat serta Komitmen. Pertandingan ini telah diambil bahagian oleh kesemua tujuh (7) zon iaitu Lebuh Armenian, Lebuh Light, Lebuh King, Lebuh Queen, Lebuh Downing, Lebuh Campbell dab Lebuh Victoria sendiri. Keputusan bagi pertandingan ini akan diumumkan bersama dengan keputusan Pertandingan Bilik Fail Paling Efisyen dan Kaunter Terbaik. Ketua Zon dan Pentadbir Blog EKSA bagi setiap zon perlu mempersembahkan persembahan blog masing-masing. Mampukan zon Lebuh Victoria muncul juara bagi edisi kali ini????😉Jeng...jeng..jeng.. Sama-sama kita nantikan keputusan tersebut.😅
Khamis, 17 Mei 2018- Biro Dakwah, Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau
Pinang telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran Peringkat Jabatan Sempena
Ramadhan 1439H yang akan berjalan secara serentak di semua Unit/ Bahagian/ Mahkamah mengikut pembahagian juzuk yang telah ditetapkan. Zon Lebuh Victoria telah diberikan bermula dari juzuk 20 hingga 23. Juzuk 20-21 akan dingaji oleh warga lelaki Zon Lebuh Victoria manakala juzuk 22-23 akan dingaji oleh warga perempuan zon Lebuh Victoria. Majlis KhataM Al-Quran akan diadakan pada 1 Jun 2018. Semoga semua warga zon Lebuh Victoria mengambil peluang ini untuk membuat amal soleh seberapa yang mungkin di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ALLAH terima semua amalan yang kita buat di bulan Ramadhan ini. InsyaALLAH. "SELAMAT BERPUASA & BERIBADAH, SEMOGA ALLAH TERIMA SEGALA AMALAN":