Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Tuesday, 2 February 2016

Mesyuarat EKSA Zon Lebuh Victoria Bil.2/2016

Pada 2 Februari 2016 (Selasa) jam 2.30 petang Mesyuarat Zon Lebuh Victoria Bil.2/2016 diadakan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Norhafisoh Binti Ghazali, Ketua Zon Victoria. Ahli-ahli yang hadir memberikan idea yang kreatif dan inovatif idea bernas ke arah anjakan baru bagi penambahbaikan zon. Mesyuarat juga membincangkan pengagihan tugas ahli Zon Lebuh Victoria. Semoga matlamat ke arah pensijilan EKSA tercapai dengan komitmen semua ahli.

TAKLIMAT KESELAMATAN DI IBU PEJABAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Pada 29 Januari 2016, satu taklimat ringkas berkenaan kawalan keselamatan pejabat telah diadakan  di Ibu Pejabat JKSNPP yang diwakili oleh wakil Syarikat Paradise Security Services Sdn Bhd Pulau Pinang. Taklimat disampaikan oleh Tuan Mohd Husni Zaim Bin Mohd Said, Pegawai Sulh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang.

Wednesday, 13 January 2016

Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif

Pada 13 Januari 2016 (Rabu) jam 9.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat JKSNPP telah diadakan Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif sempena pelaksanaan  EKSA JKSNPP anjuran Jawatankuasa Promosi. Juri pertandingan ini adalah terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang dan dua orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP). 

Semua ketua zon telah mempersembahkan blog masing-masing buat kali yang pertama. Antara kriteria penilaian untuk pertandingan blog adalah dari segi imej korporat dan kreativiti, persembahan, kandungan serta komitmen ketua zon semasa hari pertandingan.

Pertandingan ini secara tidak langsung menggalakkan ahli-ahli zon bekerjasama secara berpasukan dalam menyumbang idea kreatif dan inovatif demi menjayakan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSNPP ini. Di samping itu juga, silaturrahim dan kerjasama yang lebih erat dapat terjalin antara rakan sekerja. Pemenang pertandingan ini akan diumumkan secara rasmi pada 5 Februari 2016 (Jumaat) di Perhimpunan Bulanan KHS Bil.1/2016.

Tuesday, 12 January 2016

Apa itu 5S?



Sunday, 10 January 2016

Latar Belakang EKSA JKSNPP

Pelaksanaan EKSA Jabatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP)   
bermula pada tahun 2014. Sebagai sebuah agensi yang sentiasa mendukung setiap inisiatif murni Kerajaan, EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) dilancarkan bertujuan meningkatkan prestasi dan menyemarakkan lagi budaya kerja di kalangan warga JKSNPP.

Sepertimana kita sedia maklumkan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, bagi tujuan mengaplikasikan amalan positif masyarakat Jepun untuk dibudayakan oleh sektor awam di Malaysia.

Fokus utama konsep ini untuk mewujudkan suasana berkualiti di sesebuah organisasi agar mampu mencapai standard dan sasaran yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. Panduan Amalan 5S Sektor Awam adalah berteraskan pendekatan berikut:-

Pada Januari 2014, MAMPU melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S dengan menggunakan acuan sendiri dan tidak menggunapakai nama 5S dengan menjenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang diperkemaskan di samping penambahbaikan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambahbaik elemen 5S tersebut dengan inisiatif yang menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan asal 5S tersebut diperkasakan lagi dengan menambah lima elemen baharu, sepertimana berikut:
  1. Imej Korporat
  2. Kreatif dan Inovasi
  3. Amalan Hijau
  4. Persekitaran kondusif dan
  5. Kepelbagaian Agensi

Secara khususnya, penjenamaan semula ini memperluaskan lagi skop pelaksanaan bagi mewujudkan pesekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melaui pembudayaan Amalan Hijau dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

Friday, 8 January 2016

Sejarah Lebuh Victoria

 Lebuh Victoria

Lebuh Victoria, Georgetown, Penang
Lebuh Victoria adalah nama jalan di Georgetown. Ia terletak di antara Lebuh Pantai dan Pengkalan Weld. Dua pertiga daripada jalan ini terletak di dalam zon teras George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.

 Sejarah Lebuh Victoria

Lebuh Victoria (Victoria Street) memperolehi nama daripada nama Ratu Victoria (Queen Victoria). Sehingga pertengahan abad ke-19, kawasan di mana Victoria Street dengan jeti kayu menghala ke laut. Sekitar tahun 1880 dan 1904, Lebuh Victoria telah ditambak dan terciptalah tanah baru yang meluas ke luar dari Pantai Street. Ia memberi tanah baru yang menjadi tanah kejiranan kaum Cina, pemborong dan gudang milik masyarakat Cina.

Di jalan ini terletak rumah-rumah rekaan zaman dahulu yang menjadi warisan lama. Selain itu, terdapat moral tentang kucing-kucing terbiar yang memerlukan perlindungan di lukis di sini.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Jam_Peringatan_Victoria

Thursday, 7 January 2016

Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2015 telah diadakan pada 13 Mac 2015 di Zon Lebuh Victoria, Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Hasil daripada proses auditan yang telah dilakukan, didapati bahawa ada peningkatan dalam amalan EKSA di kalangan semua warga kerja di mana program secara bersama di setiap zon dibuat secara berkala seperti gotong-royong, program hari EKSA dan lain-lain program.

Juruaudit yang menjalankan auditan tersebut adalah:

1. Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar
2. Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar
3. Puan Azlina binti Shafee
4. Puan Shifa binti Abd Samad
5. En. Abdul Manaf Bin Jamil

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail