Pelaksanaan EKSA Jabatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP)
bermula pada tahun 2014. Sebagai sebuah agensi yang sentiasa mendukung setiap inisiatif murni Kerajaan, EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) dilancarkan bertujuan meningkatkan prestasi dan menyemarakkan lagi budaya kerja di kalangan warga JKSNPP.
Sepertimana kita sedia maklumkan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, bagi tujuan mengaplikasikan amalan positif masyarakat Jepun untuk dibudayakan oleh sektor awam di Malaysia.
Fokus utama konsep ini untuk mewujudkan suasana berkualiti di sesebuah organisasi agar mampu mencapai standard dan sasaran yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. Panduan Amalan 5S Sektor Awam adalah berteraskan pendekatan berikut:-
Pada
Januari 2014, MAMPU melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S
dengan menggunakan acuan sendiri dan tidak menggunapakai nama 5S dengan
menjenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Komponen
utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang
diperkemaskan di samping penambahbaikan beberapa elemen baharu. EKSA
bukan bertujuan menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini,
sebaliknya menambahbaik elemen 5S tersebut dengan inisiatif yang
menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan asal
5S tersebut diperkasakan lagi dengan menambah lima elemen baharu,
sepertimana berikut:
- Imej Korporat
- Kreatif dan Inovasi
- Amalan Hijau
- Persekitaran kondusif dan
- Kepelbagaian Agensi
Secara
khususnya, penjenamaan semula ini memperluaskan lagi skop pelaksanaan
bagi mewujudkan pesekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat,
menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan
pihak berkepentingan, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan
persekitaran hijau melaui pembudayaan Amalan Hijau dan memastikan elemen
pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.