Wednesday, 13 January 2016

Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif

Pada 13 Januari 2016 (Rabu) jam 9.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat JKSNPP telah diadakan Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif sempena pelaksanaan  EKSA JKSNPP anjuran Jawatankuasa Promosi. Juri pertandingan ini adalah terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang dan dua orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP). 

Semua ketua zon telah mempersembahkan blog masing-masing buat kali yang pertama. Antara kriteria penilaian untuk pertandingan blog adalah dari segi imej korporat dan kreativiti, persembahan, kandungan serta komitmen ketua zon semasa hari pertandingan.

Pertandingan ini secara tidak langsung menggalakkan ahli-ahli zon bekerjasama secara berpasukan dalam menyumbang idea kreatif dan inovatif demi menjayakan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSNPP ini. Di samping itu juga, silaturrahim dan kerjasama yang lebih erat dapat terjalin antara rakan sekerja. Pemenang pertandingan ini akan diumumkan secara rasmi pada 5 Februari 2016 (Jumaat) di Perhimpunan Bulanan KHS Bil.1/2016.

2 comments:

8 CENT.COM : MEMBELI BELAH DENGAN MUDAH

Sebagaimana kita tahu pada zaman kemodenan ini pelbagai teknologi telah memudahkan urusan seharian kita.
Antara teknologi yang sedang hangat pada hari ini adalah perniagaan atas talian, dimana segala urusan jual beli hanya atas talian. Tidak perlu lagi untuk kita bersusah payah membeli barang keperluan kita dengan menaiki kereta menuju ke kedai yang jauh.


Sepertimana kita tahu pada hari ini ramai diantara masyarakat malaysia yang menceburi bidang perniagaan atas talian. Walaubagaimanapun rakyat malaysia mempunyai semangat yang tinggi untuk mencuba berniaga secara atas talian. Hari demi hari kita dikhabarkan oleh pihak media dimana adanya laman web untuk jual beli barang keperluan seharian. Salah satu laman web perniagaan yang terkenal adalah mudah.my, kemudian wujud yang lain seperti lazada dan shoppee.


Setelah kewujudan laman web perniagaan tersebut, muncul satu lagi laman web perniagaan atas talian yang bernama “8 Cent Malaysia Sdn Bhd” dimana ianya menjual pelbagai barang keperluan seharian dan sesuai bagi semua peringkat umur di laman web www.8cent.com .


Menariknya tentang laman web 8cent Sdn Bhd ini adalah mudah difahami struktur laman web dan mudah digunakan untuk membeli barang keperluan seharian.
Selain itu laman web perniagaan atas talian 8Cent Malaysia Sdn Bhd juga kerap juga mengadakan jualan murah sebanyak 50%, 80% dan tidak ada bayaran cukai barang. Berbanding dengan laman web perniagaan lain hanya mengadakan promosi atau jualan murah pada hari tertentu dan menetapkan beberapa peratus cukai barang. Seterusnya laman web perniagaan 8 Cent Sdn Bhd juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.


Akhir sekali, kita sebagai pelanggan haruslah mengutamakan aspek berjimat cermat dalam perbelanjaan. Tidak semua kedai harga sama atau mahal, jika kita bijak membuat pilihan sudah tentu ianya memberikan kepuasan dan keuntungan pada diri kita.

Untuk keterangan lanjut, layari


---->> https://www.8cent.com <<------

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail