Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Tuesday 29 May 2018

PERTANDINGAN BLOG EKSA PERINGKAT JABATAN

Rabu, 23 Mei 2018- Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Terdapat dua (2) juri jemputan telah dijemput dari Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri pada hari ini iaitu Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa sebagai juri jemputan bagi menilai dan memberikan pemarkahan untuk pertandingan ini. Sebanyak empat  (4) kriteria telah dinilai di dalam pertandingan ini iaitu Kandungan Blog, Persembahan, Kreativiti dan Korporat serta Komitmen. Pertandingan ini telah diambil bahagian oleh kesemua tujuh (7) zon iaitu Lebuh Armenian, Lebuh Light, Lebuh King, Lebuh Queen, Lebuh Downing, Lebuh Campbell dab Lebuh Victoria sendiri. Keputusan bagi pertandingan ini akan diumumkan bersama dengan keputusan Pertandingan Bilik Fail Paling Efisyen dan Kaunter Terbaik. Ketua Zon dan Pentadbir Blog EKSA bagi setiap zon perlu mempersembahkan persembahan blog masing-masing. Mampukan zon Lebuh Victoria muncul juara bagi edisi kali ini????😉Jeng...jeng..jeng.. Sama-sama kita nantikan keputusan tersebut.😅

Juri Jemputan Dari Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri




Sesi pembentangan persembahan dari Zon Lebuh Queen










Sesi taklimat sebelum bermula pertandingan Blog EKSA





Sesi penyampaian Cenderahati kepada Puan Siti Fairuz Binti Mustafa oleh YAA Ketua Hakim Syarie




Sesi penyampaian Cenderahati kepada Puan Salbiah Binti Mat oleh YAA Ketua Hakim Syarie

Sunday 20 May 2018

PROGRAM TADARUS AL-QURAN JKSNPP SEMPENA RAMADHAN 1439H

Khamis, 17 Mei 2018- Biro Dakwah, Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran Peringkat Jabatan Sempena Ramadhan 1439H yang akan berjalan secara serentak di semua Unit/ Bahagian/ Mahkamah mengikut pembahagian juzuk yang telah ditetapkan. Zon Lebuh Victoria telah diberikan bermula dari juzuk 20 hingga 23. Juzuk 20-21 akan dingaji oleh warga lelaki Zon Lebuh Victoria manakala juzuk 22-23 akan dingaji oleh warga perempuan zon Lebuh Victoria. Majlis KhataM Al-Quran akan diadakan pada 1 Jun 2018. Semoga semua warga zon Lebuh Victoria mengambil peluang ini untuk membuat amal soleh seberapa yang mungkin di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ALLAH terima semua amalan yang kita buat di bulan Ramadhan ini. InsyaALLAH. "SELAMAT BERPUASA & BERIBADAH, SEMOGA ALLAH TERIMA SEGALA AMALAN":


Wednesday 16 May 2018

HARI INOVASI JKSNPP TAHUN 2018


Khamis, 03 Mei 2018- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan Majlis Hari Inovasi Peringkat Jabatan 2018 bertempat di Aras 1, Dewan Sebaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberikan idea-idea yang inovasi dan kreatif supaya dapat membantu peningkatan pembangunan jabatan ini. JKSNPP juga menjemput Pengurus MPC Wilayah Utara En. Mohd Khairil Anuar bin Amir Hamzah untuk memberikan ceramah inovasi yang bertajuk “Thinking Outside The Box" dan menjadi juri jemputan bagi menilai penyertaan-penyertaan hari inovasi bersama YAA Ketua Hakim Syarie JKSNPP. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu individu dan berkumpulan. Setiap Zon perlu menghantar wakil walaupun satu (1) dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Zon Lebuh Victoria berjaya menghantar tiga (3) penyertaan bagi pertandingan individu serta dua (2) penyertaan secara berkumpulan. Kumpulan Eyes of Victoria menerusi idea inovasi dan kreatif iaitu Penggunaan Aplikasi Chutex berjaya merangkul tempat ketiga (3) dengan membawa pulang wang  RM100 beserta sijil penyertaan. Jentera kumpulan Eyes of Victoria ketuai sendiri oleh Ketua Zon Puan Norhafisoh Binti Ghazali, Setiusaha Puan Asznira Binti Abdul Wahab serta dua (2) orang ahli iaitu Encik Muhammad Rais Bin Zafarull Khan dan Cik Nor Azimah Binti Ajudin. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan Eyes of Victoria kejayaan ini serta kekalkan momentum hingga ke hujung tahun. Satu pencapaian yang membanggakan oleh warga Zon Lebuh Victoria. Haria Lebuh Victoria!!!Haria Lebuh Victoria!!!


                                                                       






 

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail