Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Friday 27 April 2018

PERTANDINGAN SHITSUKE@KAUNTER DAN BILIK FAIL SERTA BLOG EKSA

Khamis, 26 April 2018- Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP akan mengadakan Pertandingan Kaunter Terbaik, Bilik Fail Paling Efisien dan Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif sempena perlaksanaan EKSA Jabatan. Pertandingan ini akan disertai oleh semua warga zon JKSNPP. Tarikh pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua (2) tarikh iaitu bagi Pertandingan Kaunter Terbaik dan Bilik Fail Paling Efisien akan dinilai pada 16 Mei 2018 pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala bagi Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif akan dinilai pada 23 Mei 2018 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Diharap semua warga Zon Lebuh Victoria bersama-sama berganding bahu serta saling tolong menolong untuk memastikan kerja-kerja bagi pertandingan ini berjalan dengan lancar. Dengan usaha yang kita lakukan, InsyaALLAH kejayaan akan milik kita.
                                         
                                                                       


Thursday 26 April 2018

HARI INOVASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Rabu, 25 April 2018- Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 03 Mei 2018 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Dua kategori dipertandingkan iaitu secara individu dan berkumpulan. Hanya berbaki tujuh (7) hari lagi bagi pertandingan ini dilangsungkan dan diharapkan semua warga Zon Lebuh Victoria yang terlibat dalam pertandingan Hari Inovasi ini telah membuat persiapan yang rapi serta buat yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Syabas dan tahniah diucapkan.

MESYUARAT PERBINCANGAN INOVASI ZON LEBUH VICTORIA

Isnin, 23 April 2018- Mesyuarat Perbincangan Inovasi Zon Lebuh Victoria telah diadakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat ini julung kalinya dipengerusikan oleh YAA Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid iaitu Ketua Hakim Syarie. Kesemua warga Zon Lebuh Victoria hadir dan memainkan peranan masing-masing dalam mesyuarat terse
but.

Tujuan utama mesyuarat ini buat pertama kali diadakan pada tahun ini adalah untuk membincangkan serta mendapatkan idea-idea yang baru untuk penyertaan Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada 3 Mei 2018. Sebanyak 11 idea baru telah dipilih dan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu secara individu lima (5) idea serta berkumpulan enam (6) idea. Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Zon Lebuh Victoria yang terlibat dalam pertandingan Hari Inovasi tersebut. Semoga kejayaan berpihak kepada semua warga Zon Lebuh Victoria yang terlibat dalam pertandingan itu.

                                                               



Wednesday 25 April 2018

KURSUS PEMERKASAAN EKSA JKSNPP

Jumaat, 20 April 2018- Jawatankuasa Latihan Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan Kursus Pemerkasaan EKSA yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya iaitu Zon Lebuh Downing. Tepat jam 9.00 pagi bermula kursus ini dan ditamatkan pada jam 4.30 petang serta seramai 50 peserta dari semua Zon terlibat dalam kursus ini. Kursus ini disampaikan oleh SR RabiulkhairBin Mohd Nor pegawai dari Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN).

Zon Lebuh Victoria diwakili seramai 11 orang peserta  iaitu terdiri daripada YAA Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Puan Hasniah Binti Hassan, Puan Norhafisoh Binti Ghazali (Ketua Zon), Puan Nasliah Binti Mohd Nasir, Cik Nor Azimah Binti Ajudin, Puan Nisha Binti Hashim, Puan Nur Azira Binti Karim, Puan Nur Mozalina Binti Mohd Mokhtar, Puan Siti Nadia Binti Ishak, Encik Nik Hasnullah Bin Nik Husain dan Encik Saud Hamid Bin Hassan. Semoga kursus ini dapat memberi kefahaman dan pengetahuan yang lebih mendalam berhubung falsafah dan konsep pelaksanaan EKSA di JKSNPP kepada semua peserta Zon Lebuh Victoria serta peserta-peserta lain. Diharapkan semua warga Zon Lebuh Victoria berusaha untuk mencapai kejayaan...!!!Lebuh Victoria Boleh!!!!!















Monday 16 April 2018

KEPUTUSAN AUDIT EKSA 1/ 2018



Selasa, 17 April 2018- Keputusan Audit Dalam EKSA Bil 1/2018 telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Audit JKSNPP. Zon Lebuh Victoria berada di tangga terakhir dalam carta. Ini merupakan satu cabaran serta permulaan bagi seluruh warga Lebuh Victoria untuk memperbaiki kedudukan semula supaya berada di kedudukan yang lebih selesa menjadi pencabar zon-zon lain. Diharapkan supaya semua warga Lebuh Victoria akan sentiasa bekerjasama dan saling bantu-membantu untuk memperbaiki prestasi bagi memenuhi keperluan-keperluan audit yang dikehendaki. Semoga Lebuh Victoria akan berjaya pada masa akan datang.

                       LAPORAN KESELURUHAN AUDIT DALAM EKSA BIL 1/2018

                           

Tuesday 10 April 2018

MESYUARAT ZON LEBUH VICTORIA BIL 3/ 2018

Rabu, 11 April 2018- Pada jam 9.30 pagi telah diadakan mesyuarat Zon Lebuh Victoria Bil. 3 Tahun 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut julung kalinya dipengerusikan oleh YAA Ketua hakim Syarie.

YAA Pengerusi memberi penekanan kepada penemuan teguran Audit Dalam EKSA yang telah diadakan baru-baru ini. Beliau menyeru semua ahli bekerja keras bagi menaikkan semula imej Zon Victoria bagi auditan yang akan dijalankan oleh Pihak MAMPU pada penghujung bulan April ini. Gotong-royong akan diadakan pada setiap hari Jumaat bagi tujuan tersebut.







Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail