Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Thursday 31 December 2020

SELAMAT DATANG 2021

 


Hari Terakhir Tahun 2020: 31 Disember 

#kamitakramaitapiada

Tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya. Hari ini merupakan hari terakhir bagi kalender 2020. Tahun yang pastinya akan menjadi kenangan dan sejarah bagi kita semua khasnya rakyat Malaysia. Dengan bermulanya wabak pandemik Covid-19, PKP, PPB, PKPD dan kematian hampir 500 orang rakyat Malaysia.

Kita diuji dengan kesabaran, kecekalan, sifat kemanusiaan yang tinggi.Warga Zon Batu Gantung juga tidak terlepas. Kesukaran melaksanakan tugas ketika BDR, perlu cakna dengan Norma Hidup Baharu dan Norma Baharu dalam Pekerjaan..dicelah-celah kerisauan dengan virus Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan. Namun itu semua berjaya diatasi dengan semangat kerjasama dan kasih sayang yang tinggi di kalangan Warga Zon.

Alhamdulillah.. Esok bermula hari baru bagi Dunia..dan kita semua. Diharapkan 2021 memberi sinar yang lebih indah buat kita semua. Selamat Bercuti pada semua warga Zon dari admin blog Zon Batu Gantung. Terima kasih pada semua warga admin yang bertugas pada hari terakhir. Insha Allah bertemu di tahun hadapan.

Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Semua!!


Thursday 3 December 2020

JOM AUDIT ZON BATU GANTUNG

 

Ketua Hakim Syarie turun padang audit Zon Batu Gantung

Isnin, 30 November 2020 : Seperti yang semua sedia maklum, auditan kali ke 2 EKSA ataupun Ekosistem Sektor Awam bagi Zon Batu Gantung telah ditetapkan pada 30 November 2020 pada hari Isnin. Sesi Pembukaan Auditan telah bermula pada jam 9:00 pagi dan dihadiri oleh semua warga Zon .Sesi Pembukaan yang dipengerusikan oleh YAA Mohamad Abdul Karim bin Abdul Wahab bersama kumpulan auditor yang diketuai oleh Tuan Najmuddin. Kemudian kumpulan auditor seramai 4 orang telah dibawa melawat kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk auditan. Beberapa orang pegawai dan kakitangan dari Zon Batu Gantung juga telah turut serta mengiringi kumpulan auditor, antaranya Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi, En Sukimam bin Mat Yasin, Cik Norashikin bt Md Nadzry, Cik Siti Nuraisyah binti Abdul Ghani, En Muhammad Rais bin Zafarull Khan, Puan Nabila Balqis binti Hasnol dan En Abdul Muiz bin Jaafar. YAA Muhamad Abdul Karim bin Wahab juga telah sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam sesi auditan sebagai wakil dari pihak Jawatankuasa Induk EKSA.

Alhamdulillah dalam sesi auditan kali ini banyak komen positif diterima dari para auditor. Syabas warga Zon atas kerjasama yang diberikan. 



Friday 20 November 2020

MAJLIS PELANCARAN ENAKMEN KAEDAH- KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS)

MAJLIS PELANCARAN ENAKMEN KAEDAH- KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS).





Alhamdulillah, berakhirnya satu penantian yang panjang..Selama hampir 20 tahun JKSNPP berusaha untuk mewujudkan ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS) . Usaha dan kerjasama yang padu dari individu-individu yang terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Perancangan Kaedah-kaedah tersebut dari awal sehingga kaedah-kaedah tersebut diwartakan dan dibukukan amatlah dihargai. Antara yang terlibat secara lansung dalam mewujudkan Enakmen tersebut ialah Puan Hasniah Binti Hassan, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang yang juga merupakan warga Zon Batu Gantung. 


Majlis Pelancaran yang telah diadakan secara sederhana tetapi meriah ini, pada 4 November 2020, hari Rabu jam 2:30 petang di Dewan Serbaguna KKSNPP dan di hadiri seramai 100 orang tetamu jemputan dari pelbagai agensi jabatan negeri.  Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Muhamad Abdul Karim bin Wahab telah  berkesempatan menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. 


Syabas dan Tahniah buat Puan Hasniah dari kami warga Zon Batu Gantung atas usaha beliau. Diharapkan ianya dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada semua warga Zon.

untuk melihat gambar-gambar majlis pelancaran sila klik disini:Majlis Pelancaran Warta





Friday 30 October 2020

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT (Gotong- Royong Perdana Eksa kali 2 )

 Gotong-Royong Perdana EKSA Bil. 2 Tahun 2020


Gotong-royong Perdana Eksa 2, 30 Oktober 2020. Jumaat . Sekali lagi warga Zon Batu Gantung berganding bahu bersama-sama menjayakan aktiviti gotong- royong Perdana sebagai persiapan akhir menjelang Audit Dalaman Eksa kali ke 2 yang telah dijadualkan pada hari Selasa, 3 November 2020.

Aktiviti gotong- royong bermula seawal jam 9:00 pagi dan kemudian berhenti rehat seketika bagi memberi peluang kepada kakitangan dan pegawai lelaki menunaikan Solat Jumaat dan kemudian bersambung semula sehingga jam 6:00 petang. Bermula dari tingkat 6, Pejabat Ketua Hakim Syarie sehingga seluruh kawasan parking kompleks. 

Walaupun ramai warga zon yang masih bercuti sempena Maulidur Rasul, aktiviti gotong-royong tetap berjalan dengan lancar. Beberapa kawasan yang memerlukan perhatian telah dapat dikenal pasti dan penambahbaikan dapat dilakukan dengan segera seperti pondok pengawal di pagar utama, tandas dan beberapa kawasan lagi. 

Seramai 9 orang kakitangan dan pegawai telah sama- sama menjayakan aktiviti ini. Ketua Zon Batu Gantung,  En Sukimam bin Mat Yassin juga 'turun padang'  mengetuai aktiviti gotong- royong sehingga selesai.

Syabas warga Zon Batu Gantung.!! 



Thursday 29 October 2020

SALAM MAULIDUR RASUL 1442H/ 2020M

 


Setiap tahun kita memperingati hari keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai acara seperti perarakan, ceramah, anugerah dan sebagainya. Namun berbeza dengan tahun ini, kerajaan negeri memutuskan tiada acara besar-besaran seperti perarakan berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Walaubagaimanapun beberapa buah masjid telah diberi kebenaran untuk mengadakan sambutan kecil-kecilan tetapi dengan SOP yang ketat dan setiap jemputan adalah terhad dan perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan.  Apa pun keadaanya Maulidur Rasul tetap dirasai dalam diri setiap umat islam yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul. Walaupun tiada sambutan , diharap semua Warga Zon Batu Gantung dapat menghayati tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini "UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI"

Selamat Bercuti pada semua warga zon , jangan lupa perbanyakkan selawat, zikir dan membaca sirah nabi ya. 

Stay at HOME and SELAWAT ok!




Wednesday 29 July 2020

JOM PUASA HARI ARAFAH!!


Hari Arafah dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah selain hari Jumaat
Hari Arafah adalah hari dimana salah satu rukun fardhu bagi Umat Islam yang mengerjakan haji berwukuf di Padang Arafah. Bagi Umat Islam yang tidak mengerjakan haji, mereka dianjurkan berpuasa, berzikir dan melakukan amalan -amalan sunat yang lain. Jadi , apalagi "Jom Kita Berpuasa Hari Arafah" . 

Tuesday 28 July 2020

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1 TAHUN 2020


AUDIT EKSA DI ZON BATU GANTUNG

sesi taklimat penutup audit EKSA 

Selasa, 28 Julai 2020
- Sesi Auditan EKSA di Zon Batu Gantung telah berlansung dengan jayanya. Seramai 4 orang auditor yang diketuai oleh Puan Dalilah Hanisah binti Abu Bakar dan 2 orang auditor tetap iaitu Tuan Mohd  Najmuddin bin Hj Mustafa, Pn. Hamizah binti Hamid dan seorang auditor jemputan iaitu Tn Mohd Fuad bin Abdul Aziz ditugaskan untuk mengaudit Zon Batu Gantung. Ketua Zon Batu Gantung yang baharu, En Sukimam bin Mat Yassin bersama-sama dengan En Saufee bin Mat Nayan telah mengiringi kumpulan auditor sepanjang sesi auditan berlaku.Sebelum itu, taklimat Pembukaan Audit Dalaman Eksa bagi Zon Batu Gantung telah dipengerusikan oleh Puan Ketua Pendaftar selaku ketua unit pentadbiran. Sesi Auditan yang berlansung dari jam 10: 30 sehingga jam 3:00 petang merangkumi kawasan parking dan halaman kompleks, aras G, Aras 1, Aras 5, Aras 6 dan juga BLOG telah mendapat ulasan yang baik dari pihak auditor. Sebanyak 65 penemuan telah direkodkan dan akan diberi penambahbaikan dalam masa yang terdekat. 

Monday 27 July 2020

SALAM LEBARAN ADMIN ONLINE


SELAMAT HARI RAYA 1441H,



Selamat hari raya kepada semua warga Zon Batu Gantung, 
terimalah video khas sebagai pengganti diri.

#rayadirumah
#adminrayaonline

Gotong- Royong Perdana EKSA pasca PKPP



Gotong -Royong Perdana Eksa 

24 Julai 2020. Jumaat : Satu aktiviti gotong -royong Eksa bagi Zon Batu Gantung telah diadakan sebagai persiapan menghadapi Audit Dalam EKSA yang akan diadakan pada 27-30 Julai 2020. Walaupun pada tarikh yang sama sebilangan pegawai dan kakitangan Zon Batu Gantung terlibat dengan Mesyuarat JKPAK, aktiviti tetap berjalan dengan lancar. En Sukimam bin Mat Yassin , Ketua Zon Batu Gantung yang baharu telah mengetuai aktiviti.

                                                          gambar gotong-royong


Wednesday 22 July 2020

TAHNIAH & SELAMAT DATANG Y.A.A KETUA HAKIM SYARIE



Y.A.A Muhamad Abdul Karim bin Wahab

4.5.2020 Isnin: Kerusi Ketua Hakim Syarie akhirnya terisi. Pejabat Ketua Hakim Syarie kembali berseri dengan kehadiran Yang Amat Arif Muhamad Abdul Karim bin Wahab yang telah dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang yang baharu menggantikan Yang Amat Arif Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Halim yang dilantik sebagai Hakim Rayuan JKSM.

Seluruh warga kehakiman syariah negeri pulau pinang khasnya dan warga Zon Batu Gantung amnya, mengucapkan sekalung tahniah dan amat mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Arif Mohamad Abdul Karim bin Wahab yang memulakan tugas secara rasmi mulai hari ini.

Semoga Jabatan Kehakiman Syarie Pulau Pinang akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang di bawah kepimpinan Yang Amat Arif Mohamad Abdul Karim bin Wahab.

Selamat Bertugas!



             

Monday 20 July 2020

Terkini .. Amaran Covid 19


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


ALLAHUAKBAR!!! Negara Malaysia diserang Wabak Covid 19. Apa itu Covid 19?  Sila ke pautan yang di sediakan untuk mendapat info lanjut mengenai COVID dan segala maklumat terkini mengenainya https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov.

Berikutan itu Kerajaan telah mengambil langkah untuk membendung penularan wabak ini dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari tarikh 18 Mac hingga 31 Mac ini. 



Segala aktiviti ekonomi dan pekerjaan ditutup buat sementara waktu. Larangan merentas negeri juga dikuatkuasakan pada ketika ini. Hanya beberapa bidang berkaitan keperluan  utama seperti bekalan Air, Api, Makanan, Pengangkutan, Kesihatan dan beberapa perkhidmatan lagi yang disenaraikan sahaja dibenarkan. Kepada semua Ahli Zon Batu Gantung..jaga diri dimana sahaja Tuan/Puan berada. patuhi arahan PKP dan marikah sama- sama kita membantu para doktor dan petugas barisan hadapan memerangi Wabak ini.

Layari Laman Web MKN untuk maklumat lebih lanjut mengenai PKP :https://www.mkn.gov.my/web/ms/


STAY SAFE STAY AT HOME





PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA II

1- 14 APRIL 2020


Nampaknya warga zon semua kena duduk di rumah untuk tempoh lagi 2 minggu la ye..
Semua ini demi kebaikan kita juga.  PKP (Bersyarat) ini juga lebih ketat dari PKP yang pertama. Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM dari masa ke semasa. Diharapkan semua warga zon Batu Gantung sentiasa berhati-hati dan amalkan penjagaan kebersihan diri seperti yang sentiasa disarankan oleh KKM ya. Semoga semua Warga Zon Batu Gantung kekal selamat walau di mana jua berada.
 Layari Laman Web MKN untuk maklumat lebih lanjut mengenai PKP :https://www.mkn.gov.my/web/ms/ dan KKM ye :http://covid-19.moh.gov.my/

😍😍
antara aktiviti yang dibenarkan sepanjang tempoh PKP 2
sumber MKN

Terus kekal di rumah untuk lebih sihat & lebih Selamat
 #stayathomeforthem
#salutetofronliners



PM UMUM PKP DISAMBUNG LAGI.....


" Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We are doing well so far, so just uplift your spirits and continue to fight. If we persevere, insya-Allah we will win." - TSMY

Sidang Media Khas Oleh Perdana Menteri pada 10 April 2020


Rasanya semua warga zon telah sedia maklum bahawa PKP akan dilanjutkan lagi dari 15 April sehingga 28 April. Tindakan ini diambil oleh pihak Kerajaan kerana terdapat peningkatan Kluster yang ketara dan jumlah pesakit yang positif semakin meningkat. Angka korban wabak ini juga semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ya, satu perkembangan yang menakutkan. 
Namun begitu, menurut Perdana Menteri, PKP Fasa 3 yang ditetapkan sehingga 28 April ini akan memberikan beberapa kelonggaran kepada beberapa sektor yang sebelum ini dilarang untuk beroperasi

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan telah bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semuka secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.



"Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan." katanya.



Berikut merupakan senarai sektor yang ditambah dan dibenarkan beroperasi sepanjang PKP Fasa 3;
  1. Industri Aeroangkasa
  2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
  3. Industri Mesin dan peralatan .
  4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
    • Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama. 
    • Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas.
    • Kerja-kerja terowong.
    • Kerja-kerja penyelenggaraan.
    • Kerja-kerja cerun.
    • Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak.
    • Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak.
    • Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya.
    • Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas.
    • Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
  5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada:
    • perkhidmatan berkaitan guaman;
    • aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
    • makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
    • perkhidmatan berkaitan minyak & gas.
  6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
  7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
  8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
  9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)
*Makluman buat semua warga Zon.. sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan tugas tuan/puan   sepanjang waktu PKP ini atau apa sahaja  perkara berkaitan Unit Pentadbiran dan Pengurusan bolehlah berhubung dengan Puan Noor Khatijah Khairun ditalian peribadi beliau atau Whatsapps jerrrrr.👍

Terus kekal di rumah untuk lebih sihat & lebih Selamat
 #stayathomeforthem
#salutetofronliners
#weneedtowin


PKP disambung lagi...



Salam Ramadhan 1441H. 

Selamat Berpuasa kepada semua Warga Zon Batu Gantung. Ramadhan kali ini agak istimewa bagi semua umat islam seluruh dunia kerana kali ini disambut dalam suasana lockdown akibat pandemik COVID 19. Perintah Kawalan Pergerakan juga telah dilanjutkan lagi bagi tempoh 2 minggu lagi sehingga 12 Mei 2020. 

Selamat mengerjakan ibadah puasa !

Jangan lupa Solat Terawikh yeee.


SELAMAT DATANG 2020...



                           






Ahlan Wa Sahlan kepada semua warga Zon Batu Gantung!!!  Rasanya macam baru je lagi kan kita berada di tahun 2019 ..tup tap tup tap dah masuk tahun 2020. Alhamdulillah banyak kenangan yang telah kita lakar bersama di tahun 2019.., antara yang Cik Min masih tak boleh " move on" ialah Majlis Perasmian Kompleks Kehakiman Syariah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustain Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al- Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Sungguh meriah kan perasmian pada hari tu..rakyat jelata dari segenap pelusuk negeri Pulau Pinang berbondong-bondong datang untuk sama- sama meraikan hari yang bersejarah bagi kita semua khasnya warga kerja JKSNPP.

Ayuh kita mulakan tahun 2020 dengan sisa kegembiraan semalam dan semoga kita semua terus bersemangat untuk mencurahkan bakti sebagai penjawat Awam seperti yang dicaknakan melalui slogan " CEKAP, AKAUNTIBILITI & TELUS".


Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail