Analisis Penjimatan

       ANALISIS PENJIMATAN AIR TAHUN 2020

-JAN HINGGA MAC-



-APR HINGGA JUN-

Untuk tempoh 3 bulan ini didapati bil pada bulan april sebanyak RM1,692.65 adalah agak tinggi memandangkan pada ketika itu pejabat tidak beroperasi susulan pandemik Covid 19, namun ianya menurun begitu ketara pada bulan Mei iaitu kepada RM78.80, pada ketika itu pejabat masih tidak beroperasi secara penuh. Namun peningkatan ketara terjadi lagi pada bulan Jun iaitu RM3,350.95. Susulan itu Bahagian Penyelenggaraan bangunan telah melakukan pemeriksaan terperinci bagi mengesan punca kenaikan bil tersebut dan didadapati terdapat kebocoran pada paip bawah tanah di kawasan kompleks, iaitu di depoh sampah. tindakan segera diambil dengan membaiki kebocoran dengan segera. Pemantauan akan terus dilakukan untuk memastikan tiada kenaikan bil secara drastik.


-JULAI HINGGA SEPTEMBER-

Berikut adalah bil penggunaan air bagi jabatan ini untuk tempoh 3 bulan iaitu Julai, Ogos dan September 2020. jika dilihat trend tersebut bil didapati agak tinggi pada bulan Julai iaitu sebanyak RM4,115.05 namun begitu penurunan yang begitu mendadak kepada RM1,755.31 bagi bulan Ogos dan terus menurun kepada RM467.95 pada bulan September. Tindakan dilakukan dengan mencari punca kenaikan tersebut telah dilakukan pada bulan Ogos yang lalu dan mendapati terdapat kebocoran yang teruk telah berlaku dibahagian bawah tanah. Tindakan segera dengan membaiki terus dilakukan dan kesan itu dapat dilihat melalui bil pada bulan Ogos & September.





ANALISIS PENJIMATAN ELEKTRIK TAHUN 2020

-JAN HINGGA MAC-

Untuk tempoh 3 bulan ini, didapati bil tertinggi adalah pada bulan januari sebanyak RM23,820.75 dan bil paling rendah adalah RM22,114.80 pada bulan Februari namun meningkat sedikit pada bulan Mac RM22,310.85 boleh dirumuskan bahawa kadar bil untuk 3 bulan ini adalah biasa, namun jika dinilai untuk bulan Mac dimana pejabat tidak beroperasi dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 susulan PKP, sepatutnya penurunan boleh dilihat untuk bulan Mac, namun sebaliknya berlaku. Analisis dilakukan dan didapati bil pada bulan Mac adalah anggaran sahaja kerana pihak TNB tidak membuat bacaan meter dalam tempoh PKP, maka pengurangan dijangka dapat dilihat pada bulan hadapan


-APR HINGGA JUN-

Seperti yang dijangka bil didapati menurun untuk tempoh 3 bulan berikut iaitu april sehingga Jun 2020. penurunan paling rendah adalah pada bulan Mei iaitu RM14,440.55 dan disusuli dengan bulan Jun iaitu RM18,467.50. Pejabat telah kembali beroperasi penuh pada bulan Jun.


-JULAI HINGGA SEPTEMBER-

Graf menunjukkan penggunaan bil penggunaan elektrik untuk tempoh 3 bulan iaitu Julai, Ogos & September 2020. trend penggunaan bagi 3 bulan ini menunjukkan keseragaman penggunaan elektrik dimana tiada peningkatan atau penurunan yang ketara berlaku. Ini boleh dianggap sebagai kadar penggunaan yang optimum yang mana pada ketika ini jabatan ini beroperasi secara penuh. Jumlah bagi 3 bulan ini ialah RM66,444.90 secara puratanya adalah RM22,148.30.





ANALISIS PENJIMATAN AIR TAHUN 2019

-JAN HINGGA MAC-


-APR HINGGA JUN-



-JUL HINGGA SEPT-

-OKT HINGGA DIS-



ANALISI PENJIMATAN ELEKTRIK TAHUN 2019


-JAN HINGGA MAC-


-APR HINGGA JUL-

-JUL HINGGA SEPT-

-OKT HINGGA DIS-

ANALISIS PENJIMATAN ELEKTRIK TAHUN 2018

- MAC HINGGA SEPTEMBER -


            ANALISIS PENJIMATAN AIR TAHUN 2018

- MAC HINGGA SEPTEMBER -




ANALISIS PENJIMATAN BIL ELEKTRIK TAHUN 2018

- JANUARI HINGGA MAC -

ANALISIS PENJIMATAN BIL AIR TAHUN 2018


- JANUARI HINGGA MAC -


ANALISIS PENJIMATAN BIL AIR TAHUN 2017

ANALISIS PENJIMATAN BIL ELEKTRIK TAHUN 2017

ANALISIS PENJIMATAN BIL ELEKTRIK TAHUN 2016

  1. ANALISIS PENJIMATAN BIL AIR TAHUN 2016 

  ANALISIS BIL ELEKTRIK TAHUN 2015

ANALISIS BIL AIR LEBUH VICTORIA TAHUN 2015




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail