Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Tuesday 9 August 2016

Aktiviti Jawatankuasa Promosi

Majlis Penyampaian Tuala (Kitchen Towel)
 Zon Lebuh Victoria


Majlis penyampaian tuala (Kitchen Towel) telah diadakan pada 29 Julai 2016 (Jumaat), kepada ahli-ahli Zon Lebuh Victoria. Seramai 13 ahli Zon Lebuh Victoria telah menghadiri majlis tersebut di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. 
            Majlis disempurnakan oleh Ketua Zon Lebuh Victoria, Puan Norhafisoh binti Ghazali.  Majlis ini ternyata dapat mengeratkan hubungan sesama ahli dalam suasana yang harmoni dan semangat berpasukan. Objektif Jawatankuasa Promosi ini untuk memberi galakkan dan memastikan ahli-ahi Zon Lebuh Victoria sentiasa amal EKSA dan kebersihan persekitaran tempat kerja bebas habuk dan debu.

Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) jam 9.30 pagi, 


 Mesyuarat Pembukaan Audit Induk EKSA Bil.2/2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP). Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar, Ketua Audit Induk EKSA. Manakala juruaudit terdiri daripada Puan Nor Aziani Mustafa, Puan Dalila Abu Bakar, Puan Azlina Shafee, Encik Abdul Manaf Jamil dan Puan Shifa Abd. Samad. Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli Zon Lebuh Victoria dan ahli-ahli Zon Lebuh Light. 

Sebelum auditan dijalankan Ketua Audit telah membentangkan Laporan Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil.1/2016 JKSNPP. Auditan pada kali ini akan melihat semula tindakan pembaikan atas laporan penemuan Audit Bil.1/2016. 

Keseluruhan ahli-ahli zon memberikan tumpuan dan kerjasama bagi memastikan EKSA sentiasa diamalkan dengan jayanya di JKSNPP.

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail