Majlis Penyampaian Tuala (Kitchen Towel)
Zon Lebuh Victoria
Majlis penyampaian tuala (Kitchen Towel) telah diadakan
pada 29 Julai 2016 (Jumaat), kepada ahli-ahli Zon Lebuh Victoria. Seramai 13
ahli Zon Lebuh Victoria telah menghadiri majlis tersebut di Bilik Mesyuarat
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.
Majlis disempurnakan oleh Ketua Zon Lebuh Victoria, Puan
Norhafisoh binti Ghazali. Majlis
ini
ternyata dapat mengeratkan hubungan sesama ahli dalam suasana yang
harmoni dan
semangat berpasukan. Objektif Jawatankuasa Promosi ini untuk memberi galakkan dan memastikan ahli-ahi
Zon Lebuh Victoria sentiasa amal EKSA dan kebersihan
persekitaran tempat kerja bebas habuk dan debu.











Mesyuarat Pembukaan Audit Induk EKSA Bil.2/2016 telah
diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP). Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar, Ketua
Audit Induk EKSA. Manakala juruaudit terdiri daripada Puan Nor Aziani Mustafa, Puan Dalila Abu Bakar, Puan Azlina Shafee, Encik Abdul Manaf Jamil dan Puan Shifa Abd. Samad. Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli
Zon Lebuh Victoria dan ahli-ahli Zon Lebuh Light.
1 Ogos 2016 Pelaksanaan Audit Induk EKSA Bil.2/2016