Tuesday, 9 August 2016

Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) jam 9.30 pagi, 


 Mesyuarat Pembukaan Audit Induk EKSA Bil.2/2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP). Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar, Ketua Audit Induk EKSA. Manakala juruaudit terdiri daripada Puan Nor Aziani Mustafa, Puan Dalila Abu Bakar, Puan Azlina Shafee, Encik Abdul Manaf Jamil dan Puan Shifa Abd. Samad. Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli Zon Lebuh Victoria dan ahli-ahli Zon Lebuh Light. 

Sebelum auditan dijalankan Ketua Audit telah membentangkan Laporan Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil.1/2016 JKSNPP. Auditan pada kali ini akan melihat semula tindakan pembaikan atas laporan penemuan Audit Bil.1/2016. 

Keseluruhan ahli-ahli zon memberikan tumpuan dan kerjasama bagi memastikan EKSA sentiasa diamalkan dengan jayanya di JKSNPP.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail