Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Tuesday, 2 October 2018

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH VICTORIA BIL 3/2018

Khamis, 13 September 2018- Pada jam 9.30 pagi telah berlangsung mesyuarat EKSA Zon Lebuh Victoria Bil 3/2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.A.A Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie. Y.A.A Dato' memberi penekanan kepada semua teguran Audit Dalam EKSA yang lepas serta memperbaiki teguran yang terdapat semasa audit tersebut. Beliau menyeru semua ahli Zon Lebuh Victoria supaya bekerja lebih keras bagi menaikkan kembali imej Zon Lebuh Victoria bagi auditan yang akan dijalankan pada 02 hingga 04 Oktober 2018 oleh pihak MAMPU. Gotong-royong akan...

Monday, 1 October 2018

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BLOG PALING KREATIF, KAUNTER DAN BILIK FAIL YANG TERBAIK

Jumaat, 7 September 2018- Kali ini kita beralih kepada keputusan pertandingan Blog Paling Kreatif, Kaunter dan Bilik Fail yang terbaik. Keputusan ini diumumkan semasa Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 yang berlangsung di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Lebuh Victoria mendapat tempat yang ke- 6 dalam pertandingan blog paling kreatif. Tahniah diucapkan. Semoga semua warga Lebuh Victoria berusaha untuk berjaya dalam pertandingan-pertandingan yang akan datan...

KUIZ EKSA JAWATANKUASA INDUK LATIHAN

Jumaat, 7 September 2018- Kuiz EKSA telah diadakan dalam slot Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 telah berlangsung yang dianjurkan oleh Jawankuasa Induk Latihan. Seramai enam (6) orang peserta mengambil bahagian dalam kuiz ini mewakili zon masing-masing. Pemilihan peserta dibuat melalui undian. Zon Lebuh Victoria diwakili oleh Encik Mohd Saufee Bin Nayan. Syarat pertandingan ini ialah mempunyai tiga (3) pusingan, setiap seorang perlu akan menjawab satu (1) soalan, jika peserta gagal menjawab akan dibuka kepada ahli zon, jika ahli zon juga gagal menjawab, zon lain dibenarkan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan tersebut perlu dijawab dalam masa...

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2018 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINNAG

Jumaat, 7 September 2018- Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.  Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan acara senamrobik untuk meregangkan otot dan kebaikan kesihatan. Majlis kemudian disususli dengan ceramah berkaitan tajuk Amalan-Amalan Hijau Di Pejabat. Majlis diteruskan oleh Pengerusi Majlis, Tuan Mohd Najmuddin Bin Hj Mustafa dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zahir Bin Ismail. Majlis diteruskan dengan Kuiz EKSA yang dikendalikan oleh Tuan Muhamad Anuar Bin Shaari selaku Pengerusi Jawatankuasa Latihan EKSA, di dalam slot ini beberapa soalan diajukan kepada wakil zon-zon EKSA Jabatan bagi melihat kefahaman...

AKTIVITI GO GREEN

Isnin, 20 Ogos 2018- Alhamdulillah Zon Lebuh Victoria telah berjaya menganjurkan aktiviti Go Green iaitu menanam pokok di perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Sebanyak tiga (3) jenis pokok telah ditanam sepanjang perkarangan, antaranya ialah Pokok Tunjuk Langit, Pokok Mahkota Dewa dan Pokok Buah A'tin. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga Zon Lebuh Victoria kerana berjaya mengadakan aktiviti ini serta memberi komitmen yang penuh. AKTIVITI GO GREEN ...

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA

Jumaat, 17 Ogos 2018- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP), telah mengadakan gotong-royong perdana bil 2/2018. Gotong-royong ini telah diwajibkan kepada semua Zon EKSA di JKSNPP dan diadakan secara serentak mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang yang dijalankan sepanjang gotong royong perdana ini ialah mengemaskini bilik fail, membersihkan pantri dan mengemaskan ruang kerja masing-masing agar kelihatan cantik,bersih dan ceria. Semua warga Zon Lebuh Victoria memberikan kerjasama yang sepenuhnya serta menolong antara satu sama lain. Semangat ini yang perlu dipupuk pada setiap warga Zon Lebuh Victoria...

PERTANDINGAN BILIK FAIL PALING EFISIEN & KAUNTER TERBAIK

Rabu, 1 Ogos 2018- Jawatankuasa Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik yang berlangsung serentak di semua zon. Juri bagi pertandingan ini diketuai oleh Y.A.A Dato' Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie serta dua (2) orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina Binti  Abo Mansor dan Encik Sufian Mohd Shadzaly daripada Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang. Antara kriteria yang diperlukan bagi Bilik Fail Paling Efisien ialah kebersihan dan kekemasan bilik fail, pelabelan pada ruangan bilik fail serta sistem kawalan dan pergerakan fail. Keceriaan dan kekemasan kaunter, mempamerkan maklumat korporat berkaitan kaunter dan perkhidmatan kaunter mesra pelanggan antara kriteria yang dinilai bagi Kaunter Terbaik. Zon Lebuh Victoria hanya dinilai bagi Bilik...

SALAM LEBARAN 1439H DARIPADA ZON LEBUH VICTORIA

Isnin, 13 Mei 2018-Sempena Syawal yang bakal menjelma, kami dari Zon Lebuh Victoria ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Semoga ketibaan Syawal ini, kami saling bermaaf-maaf antara satu sama lain serta dapat mengeratkan hubungan siraturrahim sesama kita.                 ...

Tuesday, 29 May 2018

PERTANDINGAN BLOG EKSA PERINGKAT JABATAN

Rabu, 23 Mei 2018- Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Terdapat dua (2) juri jemputan telah dijemput dari Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri pada hari ini iaitu Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa sebagai juri jemputan bagi menilai dan memberikan pemarkahan untuk pertandingan ini. Sebanyak empat  (4) kriteria telah dinilai di dalam pertandingan ini iaitu Kandungan Blog, Persembahan, Kreativiti dan...

Sunday, 20 May 2018

PROGRAM TADARUS AL-QURAN JKSNPP SEMPENA RAMADHAN 1439H

Khamis, 17 Mei 2018- Biro Dakwah, Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran Peringkat Jabatan Sempena Ramadhan 1439H yang akan berjalan secara serentak di semua Unit/ Bahagian/ Mahkamah mengikut pembahagian juzuk yang telah ditetapkan. Zon Lebuh Victoria telah diberikan bermula dari juzuk 20 hingga 23. Juzuk 20-21 akan dingaji oleh warga lelaki Zon Lebuh Victoria manakala juzuk 22-23 akan dingaji oleh warga perempuan zon Lebuh Victoria. Majlis KhataM Al-Quran akan diadakan pada 1 Jun 2018. Semoga semua warga zon Lebuh Victoria mengambil peluang ini untuk membuat amal...

Wednesday, 16 May 2018

HARI INOVASI JKSNPP TAHUN 2018

Khamis, 03 Mei 2018- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan Majlis Hari Inovasi Peringkat Jabatan 2018 bertempat di Aras 1, Dewan Sebaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberikan idea-idea yang inovasi dan kreatif supaya dapat membantu peningkatan pembangunan jabatan ini. JKSNPP juga menjemput Pengurus MPC Wilayah Utara En. Mohd Khairil Anuar bin Amir Hamzah untuk memberikan ceramah inovasi yang bertajuk “Thinking Outside The Box" dan menjadi juri jemputan bagi menilai penyertaan-penyertaan hari inovasi bersama YAA Ketua Hakim Syarie JKSNPP. Pertandingan...

Friday, 27 April 2018

PERTANDINGAN SHITSUKE@KAUNTER DAN BILIK FAIL SERTA BLOG EKSA

Khamis, 26 April 2018- Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP akan mengadakan Pertandingan Kaunter Terbaik, Bilik Fail Paling Efisien dan Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif sempena perlaksanaan EKSA Jabatan. Pertandingan ini akan disertai oleh semua warga zon JKSNPP. Tarikh pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua (2) tarikh iaitu bagi Pertandingan Kaunter Terbaik dan Bilik Fail Paling Efisien akan dinilai pada 16 Mei 2018 pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala bagi Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif akan dinilai pada 23 Mei 2018 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri...

Thursday, 26 April 2018

HARI INOVASI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Rabu, 25 April 2018- Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 03 Mei 2018 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Dua kategori dipertandingkan iaitu secara individu dan berkumpulan. Hanya berbaki tujuh (7) hari lagi bagi pertandingan ini dilangsungkan dan diharapkan semua warga Zon Lebuh Victoria yang terlibat dalam pertandingan Hari Inovasi ini telah membuat persiapan yang rapi serta buat yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Syabas dan tahniah diucapk...

MESYUARAT PERBINCANGAN INOVASI ZON LEBUH VICTORIA

Isnin, 23 April 2018- Mesyuarat Perbincangan Inovasi Zon Lebuh Victoria telah diadakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat ini julung kalinya dipengerusikan oleh YAA Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid iaitu Ketua Hakim Syarie. Kesemua warga Zon Lebuh Victoria hadir dan memainkan peranan masing-masing dalam mesyuarat terse but. Tujuan utama mesyuarat ini buat pertama kali diadakan pada tahun ini adalah untuk membincangkan serta mendapatkan idea-idea yang baru untuk penyertaan Hari Inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada 3 Mei 2018. Sebanyak...

Wednesday, 25 April 2018

KURSUS PEMERKASAAN EKSA JKSNPP

Jumaat, 20 April 2018- Jawatankuasa Latihan Induk EKSA JKSNPP telah menganjurkan Kursus Pemerkasaan EKSA yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya iaitu Zon Lebuh Downing. Tepat jam 9.00 pagi bermula kursus ini dan ditamatkan pada jam 4.30 petang serta seramai 50 peserta dari semua Zon terlibat dalam kursus ini. Kursus ini disampaikan oleh SR RabiulkhairBin Mohd Nor pegawai dari Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN). Zon Lebuh Victoria diwakili seramai 11 orang peserta  iaitu terdiri daripada YAA Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Puan Hasniah Binti Hassan, Puan Norhafisoh Binti Ghazali (Ketua Zon), Puan...

Monday, 16 April 2018

KEPUTUSAN AUDIT EKSA 1/ 2018

Selasa, 17 April 2018- Keputusan Audit Dalam EKSA Bil 1/2018 telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Audit JKSNPP. Zon Lebuh Victoria berada di tangga terakhir dalam carta. Ini merupakan satu cabaran serta permulaan bagi seluruh warga Lebuh Victoria untuk memperbaiki kedudukan semula supaya berada di kedudukan yang lebih selesa menjadi pencabar zon-zon lain. Diharapkan supaya semua warga Lebuh Victoria akan sentiasa bekerjasama dan saling bantu-membantu untuk memperbaiki prestasi bagi memenuhi keperluan-keperluan audit yang dikehendaki. Semoga Lebuh Victoria akan berjaya pada masa akan datang.              ...

Tuesday, 10 April 2018

MESYUARAT ZON LEBUH VICTORIA BIL 3/ 2018

Rabu, 11 April 2018- Pada jam 9.30 pagi telah diadakan mesyuarat Zon Lebuh Victoria Bil. 3 Tahun 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut julung kalinya dipengerusikan oleh YAA Ketua hakim Syarie. YAA Pengerusi memberi penekanan kepada penemuan teguran Audit Dalam EKSA yang telah diadakan baru-baru ini. Beliau menyeru semua ahli bekerja keras bagi menaikkan semula imej Zon Victoria bagi auditan yang akan dijalankan oleh Pihak MAMPU pada penghujung bulan April ini. Gotong-royong akan diadakan pada setiap hari Jumaat bagi tujuan tersebut. ...

Wednesday, 28 March 2018

LAWATAN AUDIT DALAM EKSA

Isnin, 19 Februari 2018- Zon Lebuh Victoria, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menerima lawatan Audit Dalam Eksa Bil 1/2018 seramai lima (5) orang yang diketuai oleh Tuan Nik Suhaimi Bin Nik Saberi. Susulan daripada audit tersebut semua ahli zon telah bersungguh-sungguh memperbaiki kekurangan terutamanya dalam teguran audit sebelumnya dan membuat beberapa penambahbaikan bagi menceriakan serta memeriahkan lagi zon EKSA di lokasi masing-masing. Tujuan audit ini dijalankan adalah untuk melihat pematuhan kriteria EKSA untuk diamalkan bagi memupuk amalan EKSA yang baik bagi persekitaran pentadbiran pejab...

Page 1 of 14123Next

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail