Isnin, 19 Februari 2018- Zon Lebuh Victoria, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menerima lawatan Audit Dalam Eksa Bil 1/2018 seramai lima (5) orang yang diketuai oleh Tuan Nik Suhaimi Bin Nik Saberi. Susulan daripada audit tersebut semua ahli zon telah bersungguh-sungguh memperbaiki kekurangan terutamanya dalam teguran audit sebelumnya dan membuat beberapa penambahbaikan bagi menceriakan serta memeriahkan lagi zon EKSA di lokasi masing-masing. Tujuan audit ini dijalankan adalah untuk melihat pematuhan kriteria EKSA untuk diamalkan bagi memupuk amalan EKSA yang baik bagi persekitaran pentadbiran pejabat.
0 comments:
Post a Comment