Thursday 29 October 2020

SALAM MAULIDUR RASUL 1442H/ 2020M

 


Setiap tahun kita memperingati hari keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai acara seperti perarakan, ceramah, anugerah dan sebagainya. Namun berbeza dengan tahun ini, kerajaan negeri memutuskan tiada acara besar-besaran seperti perarakan berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Walaubagaimanapun beberapa buah masjid telah diberi kebenaran untuk mengadakan sambutan kecil-kecilan tetapi dengan SOP yang ketat dan setiap jemputan adalah terhad dan perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan.  Apa pun keadaanya Maulidur Rasul tetap dirasai dalam diri setiap umat islam yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul. Walaupun tiada sambutan , diharap semua Warga Zon Batu Gantung dapat menghayati tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini "UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI"

Selamat Bercuti pada semua warga zon , jangan lupa perbanyakkan selawat, zikir dan membaca sirah nabi ya. 

Stay at HOME and SELAWAT ok!





AUDIT DALAMAN SUK 

Setiap empat tahun sekali, Team SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) akan memilih beberapa jabatan untuk dibuat audit . Pada 28 Oktober 2020 yang lalu, seramai 13 orang pegawai dan kakitangan dari pejabat SUKPP (Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah hadir untuk membuat auditan di Unit Pengurusan dan Pentabiran Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Sesi auditan berlansung dari jam 9:00 pagi dan tamat dengan jayanya pada jam 3:30 petang. 

Sepanjang sesi auditan berlansung, semua warga zon memberi kerjasama yang baik. Tahniah warga Zon Batu Gantung...teruskan kecemerlangan anda. 👍

saya check ni...😀

Nak tengok gambar- gambar sepanjang auditan sila klik pautan 👉SUK-AUDIT 2020






                                                    


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail