Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Thursday, 29 December 2016

Pertandingan Inovation Challenge 2016

JUMAAT, 18 NOVEMBER 2016Pertandingan Innovation Challenge telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan diadili oleh Y.A Ahmad Irwan Bin Ismail dan 2 orang juri dari Malaysia Productivity Corporation (MPC). 

Penyertaan adalah daripada  9 kumpulan diwakili MRS daerah dan Bahagian/Unit di JKSN Pulau Pinang. Pemenang bagi Kategori Pengurusan adalah Kumpulan ADICITA dari MRS Seberang Perai Selatan dengan projek MY E-Notes dan pemenang bagi kategori produk iaitu Kumpulan Comrade Bersatu dengan projek The Gerobok Wakaf yang turut memenangi untuk kategori persembahan terbaik.

Manakala Zon Lebuh Victoria mempertandingan idea App Enakmen dan Sistem Semakan Status Online (SISO) mendapat tempat ketiga. Ahli-ahli kumpulan App Enakmen terdiri daripada Tn Mohd Rifaudin Abd Wahab, Mohd Saufe Nayan, Abdul Manaf dan Zarina Mustapa. Seterusnya ahli kumpulan SISO terdiri daripada Tn Mohd Rifaudin Abd Wahab, Puan Norhafisoh Ghazali, CC Asznira Abd Wahab, Mohd Saufee, Zarina Mustapa.

Tuesday, 9 August 2016

Aktiviti Jawatankuasa Promosi

Majlis Penyampaian Tuala (Kitchen Towel)
 Zon Lebuh Victoria


Majlis penyampaian tuala (Kitchen Towel) telah diadakan pada 29 Julai 2016 (Jumaat), kepada ahli-ahli Zon Lebuh Victoria. Seramai 13 ahli Zon Lebuh Victoria telah menghadiri majlis tersebut di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. 
            Majlis disempurnakan oleh Ketua Zon Lebuh Victoria, Puan Norhafisoh binti Ghazali.  Majlis ini ternyata dapat mengeratkan hubungan sesama ahli dalam suasana yang harmoni dan semangat berpasukan. Objektif Jawatankuasa Promosi ini untuk memberi galakkan dan memastikan ahli-ahi Zon Lebuh Victoria sentiasa amal EKSA dan kebersihan persekitaran tempat kerja bebas habuk dan debu.

Pada 1 Ogos 2016 (Isnin) jam 9.30 pagi, 


 Mesyuarat Pembukaan Audit Induk EKSA Bil.2/2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP). Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar, Ketua Audit Induk EKSA. Manakala juruaudit terdiri daripada Puan Nor Aziani Mustafa, Puan Dalila Abu Bakar, Puan Azlina Shafee, Encik Abdul Manaf Jamil dan Puan Shifa Abd. Samad. Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli Zon Lebuh Victoria dan ahli-ahli Zon Lebuh Light. 

Sebelum auditan dijalankan Ketua Audit telah membentangkan Laporan Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bil.1/2016 JKSNPP. Auditan pada kali ini akan melihat semula tindakan pembaikan atas laporan penemuan Audit Bil.1/2016. 

Keseluruhan ahli-ahli zon memberikan tumpuan dan kerjasama bagi memastikan EKSA sentiasa diamalkan dengan jayanya di JKSNPP.

Tuesday, 3 May 2016

Pada 14 hingga 16 Mac 2016 audit pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah dilaksanakan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Bahagian Pentadbiran telah diaudit oleh
juruaudit MAMPU Encik Najmi pada 14 Mac 2016 jam 11.00 pagi.

Seluruh warga pentadbiran memberikan kerjasama agar pelaksanaan EKSA dipatuhi dan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh pihak MAMPU.

Pada 26 April 2016 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah dianugerahkan pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa dari 15 April 2016 sehingga 14 April 2018. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga JKSNPP atas kejayaan memperoleh pensijilan EEKSA tersebut.

Maka jabatan ini akan terus melaksankana dan mematuhi EKSA bagi meneruskan budaya kecemerlangan organisasi.

Tuesday, 2 February 2016

Mesyuarat EKSA Zon Lebuh Victoria Bil.2/2016

Pada 2 Februari 2016 (Selasa) jam 2.30 petang Mesyuarat Zon Lebuh Victoria Bil.2/2016 diadakan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Norhafisoh Binti Ghazali, Ketua Zon Victoria. Ahli-ahli yang hadir memberikan idea yang kreatif dan inovatif idea bernas ke arah anjakan baru bagi penambahbaikan zon. Mesyuarat juga membincangkan pengagihan tugas ahli Zon Lebuh Victoria. Semoga matlamat ke arah pensijilan EKSA tercapai dengan komitmen semua ahli.

TAKLIMAT KESELAMATAN DI IBU PEJABAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Pada 29 Januari 2016, satu taklimat ringkas berkenaan kawalan keselamatan pejabat telah diadakan  di Ibu Pejabat JKSNPP yang diwakili oleh wakil Syarikat Paradise Security Services Sdn Bhd Pulau Pinang. Taklimat disampaikan oleh Tuan Mohd Husni Zaim Bin Mohd Said, Pegawai Sulh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang.

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail