JUMAAT, 18 NOVEMBER 2016
– Pertandingan Innovation Challenge telah diadakan di
Dewan Serbaguna, Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Pulau Pinang. Pertandingan diadili oleh Y.A Ahmad Irwan Bin Ismail dan 2 orang juri dari
Malaysia Productivity Corporation (MPC).
Penyertaan adalah daripada 9 kumpulan diwakili MRS daerah dan Bahagian/Unit di
JKSN Pulau Pinang. Pemenang bagi Kategori Pengurusan adalah Kumpulan ADICITA dari MRS
Seberang Perai Selatan dengan projek MY E-Notes dan pemenang bagi
kategori produk iaitu Kumpulan Comrade Bersatu dengan projek The Gerobok
Wakaf yang turut memenangi untuk kategori persembahan terbaik.
Manakala Zon Lebuh Victoria mempertandingan idea App Enakmen dan Sistem Semakan Status Online (SISO) mendapat tempat ketiga. Ahli-ahli kumpulan App Enakmen terdiri daripada Tn Mohd Rifaudin Abd Wahab, Mohd Saufe Nayan, Abdul Manaf dan Zarina Mustapa. Seterusnya ahli kumpulan SISO terdiri daripada Tn Mohd Rifaudin Abd Wahab, Puan Norhafisoh Ghazali, CC Asznira Abd Wahab, Mohd Saufee, Zarina Mustapa.
0 comments:
Post a Comment