Friday 27 April 2018

PERTANDINGAN SHITSUKE@KAUNTER DAN BILIK FAIL SERTA BLOG EKSA

Khamis, 26 April 2018- Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP akan mengadakan Pertandingan Kaunter Terbaik, Bilik Fail Paling Efisien dan Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif sempena perlaksanaan EKSA Jabatan. Pertandingan ini akan disertai oleh semua warga zon JKSNPP. Tarikh pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua (2) tarikh iaitu bagi Pertandingan Kaunter Terbaik dan Bilik Fail Paling Efisien akan dinilai pada 16 Mei 2018 pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala bagi Pertandingan Blog EKSA Paling Kreatif akan dinilai pada 23 Mei 2018 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Diharap semua warga Zon Lebuh Victoria bersama-sama berganding bahu serta saling tolong menolong untuk memastikan kerja-kerja bagi pertandingan ini berjalan dengan lancar. Dengan usaha yang kita lakukan, InsyaALLAH kejayaan akan milik kita.
                                         
                                                                       



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail