Selasa,
17 April 2018- Keputusan Audit Dalam EKSA Bil 1/2018 telah
dikeluarkan oleh Jawatankuasa Audit JKSNPP. Zon Lebuh Victoria berada
di tangga terakhir dalam carta. Ini merupakan satu cabaran serta
permulaan bagi seluruh warga Lebuh Victoria untuk memperbaiki
kedudukan semula supaya berada di kedudukan yang lebih selesa menjadi
pencabar zon-zon lain. Diharapkan supaya semua warga Lebuh Victoria
akan sentiasa bekerjasama dan saling bantu-membantu untuk memperbaiki
prestasi bagi memenuhi keperluan-keperluan audit yang dikehendaki. Semoga Lebuh Victoria akan berjaya pada masa akan datang.











Mesyuarat Pembukaan Audit Induk EKSA Bil.2/2016 telah
diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP). Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar, Ketua
Audit Induk EKSA. Manakala juruaudit terdiri daripada Puan Nor Aziani Mustafa, Puan Dalila Abu Bakar, Puan Azlina Shafee, Encik Abdul Manaf Jamil dan Puan Shifa Abd. Samad. Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli
Zon Lebuh Victoria dan ahli-ahli Zon Lebuh Light.
1 Ogos 2016 Pelaksanaan Audit Induk EKSA Bil.2/2016