Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Thursday, 31 December 2020

SELAMAT DATANG 2021

 


Hari Terakhir Tahun 2020: 31 Disember 

#kamitakramaitapiada

Tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya. Hari ini merupakan hari terakhir bagi kalender 2020. Tahun yang pastinya akan menjadi kenangan dan sejarah bagi kita semua khasnya rakyat Malaysia. Dengan bermulanya wabak pandemik Covid-19, PKP, PPB, PKPD dan kematian hampir 500 orang rakyat Malaysia.

Kita diuji dengan kesabaran, kecekalan, sifat kemanusiaan yang tinggi.Warga Zon Batu Gantung juga tidak terlepas. Kesukaran melaksanakan tugas ketika BDR, perlu cakna dengan Norma Hidup Baharu dan Norma Baharu dalam Pekerjaan..dicelah-celah kerisauan dengan virus Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan. Namun itu semua berjaya diatasi dengan semangat kerjasama dan kasih sayang yang tinggi di kalangan Warga Zon.

Alhamdulillah.. Esok bermula hari baru bagi Dunia..dan kita semua. Diharapkan 2021 memberi sinar yang lebih indah buat kita semua. Selamat Bercuti pada semua warga Zon dari admin blog Zon Batu Gantung. Terima kasih pada semua warga admin yang bertugas pada hari terakhir. Insha Allah bertemu di tahun hadapan.

Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Semua!!


Thursday, 3 December 2020

JOM AUDIT ZON BATU GANTUNG

 

Ketua Hakim Syarie turun padang audit Zon Batu Gantung

Isnin, 30 November 2020 : Seperti yang semua sedia maklum, auditan kali ke 2 EKSA ataupun Ekosistem Sektor Awam bagi Zon Batu Gantung telah ditetapkan pada 30 November 2020 pada hari Isnin. Sesi Pembukaan Auditan telah bermula pada jam 9:00 pagi dan dihadiri oleh semua warga Zon .Sesi Pembukaan yang dipengerusikan oleh YAA Mohamad Abdul Karim bin Abdul Wahab bersama kumpulan auditor yang diketuai oleh Tuan Najmuddin. Kemudian kumpulan auditor seramai 4 orang telah dibawa melawat kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk auditan. Beberapa orang pegawai dan kakitangan dari Zon Batu Gantung juga telah turut serta mengiringi kumpulan auditor, antaranya Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi, En Sukimam bin Mat Yasin, Cik Norashikin bt Md Nadzry, Cik Siti Nuraisyah binti Abdul Ghani, En Muhammad Rais bin Zafarull Khan, Puan Nabila Balqis binti Hasnol dan En Abdul Muiz bin Jaafar. YAA Muhamad Abdul Karim bin Wahab juga telah sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam sesi auditan sebagai wakil dari pihak Jawatankuasa Induk EKSA.

Alhamdulillah dalam sesi auditan kali ini banyak komen positif diterima dari para auditor. Syabas warga Zon atas kerjasama yang diberikan. 



Friday, 20 November 2020

MAJLIS PELANCARAN ENAKMEN KAEDAH- KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS)

MAJLIS PELANCARAN ENAKMEN KAEDAH- KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS).





Alhamdulillah, berakhirnya satu penantian yang panjang..Selama hampir 20 tahun JKSNPP berusaha untuk mewujudkan ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS) . Usaha dan kerjasama yang padu dari individu-individu yang terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Perancangan Kaedah-kaedah tersebut dari awal sehingga kaedah-kaedah tersebut diwartakan dan dibukukan amatlah dihargai. Antara yang terlibat secara lansung dalam mewujudkan Enakmen tersebut ialah Puan Hasniah Binti Hassan, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang yang juga merupakan warga Zon Batu Gantung. 


Majlis Pelancaran yang telah diadakan secara sederhana tetapi meriah ini, pada 4 November 2020, hari Rabu jam 2:30 petang di Dewan Serbaguna KKSNPP dan di hadiri seramai 100 orang tetamu jemputan dari pelbagai agensi jabatan negeri.  Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Muhamad Abdul Karim bin Wahab telah  berkesempatan menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. 


Syabas dan Tahniah buat Puan Hasniah dari kami warga Zon Batu Gantung atas usaha beliau. Diharapkan ianya dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada semua warga Zon.

untuk melihat gambar-gambar majlis pelancaran sila klik disini:Majlis Pelancaran Warta





Friday, 30 October 2020

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT (Gotong- Royong Perdana Eksa kali 2 )

 Gotong-Royong Perdana EKSA Bil. 2 Tahun 2020


Gotong-royong Perdana Eksa 2, 30 Oktober 2020. Jumaat . Sekali lagi warga Zon Batu Gantung berganding bahu bersama-sama menjayakan aktiviti gotong- royong Perdana sebagai persiapan akhir menjelang Audit Dalaman Eksa kali ke 2 yang telah dijadualkan pada hari Selasa, 3 November 2020.

Aktiviti gotong- royong bermula seawal jam 9:00 pagi dan kemudian berhenti rehat seketika bagi memberi peluang kepada kakitangan dan pegawai lelaki menunaikan Solat Jumaat dan kemudian bersambung semula sehingga jam 6:00 petang. Bermula dari tingkat 6, Pejabat Ketua Hakim Syarie sehingga seluruh kawasan parking kompleks. 

Walaupun ramai warga zon yang masih bercuti sempena Maulidur Rasul, aktiviti gotong-royong tetap berjalan dengan lancar. Beberapa kawasan yang memerlukan perhatian telah dapat dikenal pasti dan penambahbaikan dapat dilakukan dengan segera seperti pondok pengawal di pagar utama, tandas dan beberapa kawasan lagi. 

Seramai 9 orang kakitangan dan pegawai telah sama- sama menjayakan aktiviti ini. Ketua Zon Batu Gantung,  En Sukimam bin Mat Yassin juga 'turun padang'  mengetuai aktiviti gotong- royong sehingga selesai.

Syabas warga Zon Batu Gantung.!! 



Thursday, 29 October 2020

SALAM MAULIDUR RASUL 1442H/ 2020M

 


Setiap tahun kita memperingati hari keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai acara seperti perarakan, ceramah, anugerah dan sebagainya. Namun berbeza dengan tahun ini, kerajaan negeri memutuskan tiada acara besar-besaran seperti perarakan berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Walaubagaimanapun beberapa buah masjid telah diberi kebenaran untuk mengadakan sambutan kecil-kecilan tetapi dengan SOP yang ketat dan setiap jemputan adalah terhad dan perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan.  Apa pun keadaanya Maulidur Rasul tetap dirasai dalam diri setiap umat islam yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul. Walaupun tiada sambutan , diharap semua Warga Zon Batu Gantung dapat menghayati tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini "UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI"

Selamat Bercuti pada semua warga zon , jangan lupa perbanyakkan selawat, zikir dan membaca sirah nabi ya. 

Stay at HOME and SELAWAT ok!




Wednesday, 29 July 2020

JOM PUASA HARI ARAFAH!!


Hari Arafah dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah selain hari Jumaat
Hari Arafah adalah hari dimana salah satu rukun fardhu bagi Umat Islam yang mengerjakan haji berwukuf di Padang Arafah. Bagi Umat Islam yang tidak mengerjakan haji, mereka dianjurkan berpuasa, berzikir dan melakukan amalan -amalan sunat yang lain. Jadi , apalagi "Jom Kita Berpuasa Hari Arafah" . 

Tuesday, 28 July 2020

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1 TAHUN 2020


AUDIT EKSA DI ZON BATU GANTUNG

sesi taklimat penutup audit EKSA 

Selasa, 28 Julai 2020
- Sesi Auditan EKSA di Zon Batu Gantung telah berlansung dengan jayanya. Seramai 4 orang auditor yang diketuai oleh Puan Dalilah Hanisah binti Abu Bakar dan 2 orang auditor tetap iaitu Tuan Mohd  Najmuddin bin Hj Mustafa, Pn. Hamizah binti Hamid dan seorang auditor jemputan iaitu Tn Mohd Fuad bin Abdul Aziz ditugaskan untuk mengaudit Zon Batu Gantung. Ketua Zon Batu Gantung yang baharu, En Sukimam bin Mat Yassin bersama-sama dengan En Saufee bin Mat Nayan telah mengiringi kumpulan auditor sepanjang sesi auditan berlaku.Sebelum itu, taklimat Pembukaan Audit Dalaman Eksa bagi Zon Batu Gantung telah dipengerusikan oleh Puan Ketua Pendaftar selaku ketua unit pentadbiran. Sesi Auditan yang berlansung dari jam 10: 30 sehingga jam 3:00 petang merangkumi kawasan parking dan halaman kompleks, aras G, Aras 1, Aras 5, Aras 6 dan juga BLOG telah mendapat ulasan yang baik dari pihak auditor. Sebanyak 65 penemuan telah direkodkan dan akan diberi penambahbaikan dalam masa yang terdekat. 

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail