Wednesday 16 May 2018

HARI INOVASI JKSNPP TAHUN 2018


Khamis, 03 Mei 2018- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan Majlis Hari Inovasi Peringkat Jabatan 2018 bertempat di Aras 1, Dewan Sebaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberikan idea-idea yang inovasi dan kreatif supaya dapat membantu peningkatan pembangunan jabatan ini. JKSNPP juga menjemput Pengurus MPC Wilayah Utara En. Mohd Khairil Anuar bin Amir Hamzah untuk memberikan ceramah inovasi yang bertajuk “Thinking Outside The Box" dan menjadi juri jemputan bagi menilai penyertaan-penyertaan hari inovasi bersama YAA Ketua Hakim Syarie JKSNPP. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu individu dan berkumpulan. Setiap Zon perlu menghantar wakil walaupun satu (1) dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Zon Lebuh Victoria berjaya menghantar tiga (3) penyertaan bagi pertandingan individu serta dua (2) penyertaan secara berkumpulan. Kumpulan Eyes of Victoria menerusi idea inovasi dan kreatif iaitu Penggunaan Aplikasi Chutex berjaya merangkul tempat ketiga (3) dengan membawa pulang wang  RM100 beserta sijil penyertaan. Jentera kumpulan Eyes of Victoria ketuai sendiri oleh Ketua Zon Puan Norhafisoh Binti Ghazali, Setiusaha Puan Asznira Binti Abdul Wahab serta dua (2) orang ahli iaitu Encik Muhammad Rais Bin Zafarull Khan dan Cik Nor Azimah Binti Ajudin. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan Eyes of Victoria kejayaan ini serta kekalkan momentum hingga ke hujung tahun. Satu pencapaian yang membanggakan oleh warga Zon Lebuh Victoria. Haria Lebuh Victoria!!!Haria Lebuh Victoria!!!


                                                                       







 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail