Monday 20 July 2020

Terkini .. Amaran Covid 19


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


ALLAHUAKBAR!!! Negara Malaysia diserang Wabak Covid 19. Apa itu Covid 19?  Sila ke pautan yang di sediakan untuk mendapat info lanjut mengenai COVID dan segala maklumat terkini mengenainya https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov.

Berikutan itu Kerajaan telah mengambil langkah untuk membendung penularan wabak ini dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari tarikh 18 Mac hingga 31 Mac ini. 



Segala aktiviti ekonomi dan pekerjaan ditutup buat sementara waktu. Larangan merentas negeri juga dikuatkuasakan pada ketika ini. Hanya beberapa bidang berkaitan keperluan  utama seperti bekalan Air, Api, Makanan, Pengangkutan, Kesihatan dan beberapa perkhidmatan lagi yang disenaraikan sahaja dibenarkan. Kepada semua Ahli Zon Batu Gantung..jaga diri dimana sahaja Tuan/Puan berada. patuhi arahan PKP dan marikah sama- sama kita membantu para doktor dan petugas barisan hadapan memerangi Wabak ini.

Layari Laman Web MKN untuk maklumat lebih lanjut mengenai PKP :https://www.mkn.gov.my/web/ms/


STAY SAFE STAY AT HOME





PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA II

1- 14 APRIL 2020


Nampaknya warga zon semua kena duduk di rumah untuk tempoh lagi 2 minggu la ye..
Semua ini demi kebaikan kita juga.  PKP (Bersyarat) ini juga lebih ketat dari PKP yang pertama. Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM dari masa ke semasa. Diharapkan semua warga zon Batu Gantung sentiasa berhati-hati dan amalkan penjagaan kebersihan diri seperti yang sentiasa disarankan oleh KKM ya. Semoga semua Warga Zon Batu Gantung kekal selamat walau di mana jua berada.
 Layari Laman Web MKN untuk maklumat lebih lanjut mengenai PKP :https://www.mkn.gov.my/web/ms/ dan KKM ye :http://covid-19.moh.gov.my/

😍😍
antara aktiviti yang dibenarkan sepanjang tempoh PKP 2
sumber MKN

Terus kekal di rumah untuk lebih sihat & lebih Selamat
 #stayathomeforthem
#salutetofronliners



PM UMUM PKP DISAMBUNG LAGI.....


" Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We are doing well so far, so just uplift your spirits and continue to fight. If we persevere, insya-Allah we will win." - TSMY

Sidang Media Khas Oleh Perdana Menteri pada 10 April 2020


Rasanya semua warga zon telah sedia maklum bahawa PKP akan dilanjutkan lagi dari 15 April sehingga 28 April. Tindakan ini diambil oleh pihak Kerajaan kerana terdapat peningkatan Kluster yang ketara dan jumlah pesakit yang positif semakin meningkat. Angka korban wabak ini juga semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ya, satu perkembangan yang menakutkan. 
Namun begitu, menurut Perdana Menteri, PKP Fasa 3 yang ditetapkan sehingga 28 April ini akan memberikan beberapa kelonggaran kepada beberapa sektor yang sebelum ini dilarang untuk beroperasi

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan telah bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semuka secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.



"Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan." katanya.



Berikut merupakan senarai sektor yang ditambah dan dibenarkan beroperasi sepanjang PKP Fasa 3;
  1. Industri Aeroangkasa
  2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
  3. Industri Mesin dan peralatan .
  4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
    • Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama. 
    • Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas.
    • Kerja-kerja terowong.
    • Kerja-kerja penyelenggaraan.
    • Kerja-kerja cerun.
    • Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak.
    • Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak.
    • Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya.
    • Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas.
    • Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
  5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada:
    • perkhidmatan berkaitan guaman;
    • aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
    • makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
    • perkhidmatan berkaitan minyak & gas.
  6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
  7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
  8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
  9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)
*Makluman buat semua warga Zon.. sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan tugas tuan/puan   sepanjang waktu PKP ini atau apa sahaja  perkara berkaitan Unit Pentadbiran dan Pengurusan bolehlah berhubung dengan Puan Noor Khatijah Khairun ditalian peribadi beliau atau Whatsapps jerrrrr.👍

Terus kekal di rumah untuk lebih sihat & lebih Selamat
 #stayathomeforthem
#salutetofronliners
#weneedtowin


PKP disambung lagi...



Salam Ramadhan 1441H. 

Selamat Berpuasa kepada semua Warga Zon Batu Gantung. Ramadhan kali ini agak istimewa bagi semua umat islam seluruh dunia kerana kali ini disambut dalam suasana lockdown akibat pandemik COVID 19. Perintah Kawalan Pergerakan juga telah dilanjutkan lagi bagi tempoh 2 minggu lagi sehingga 12 Mei 2020. 

Selamat mengerjakan ibadah puasa !

Jangan lupa Solat Terawikh yeee.




video ucapan KP

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan telah dimumukan pada 10 Jun 2020 . Alhamdulillah semua sektor awam telah dibenarkan kembali beroperasi seperti sediakala tetapi perlu mengikuti garis panduan yang ketat seperti yang telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jadual Bertugas secara Penggiliran  telah dikeluarkan oleh Unit Pengurusan dan Pentadbiran bagi semua warga Zon Batu Gantung. Sehubungan dengan itu satu aktiviti Gotong Royong akan diadakan  pada 5. Mei 2020 bagi memenuhi kriteria NORMA BAHARU sebelum unit Pengurusan dan Pentadbiran kembali beroperasi secara total.

Patuhi SOP dan kekal selamat di rumah.





1 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail