Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Monday, 31 May 2021

TOTALLY 'LOCK ' DI RUMAH

Berikutan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, keputusan melaksanakan PKP 3.0  selama 14 hari bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 adalah amat diperlukan. Selaras dengan keputusan itu, Sebanyak 17 sektor ekonomi sahaja yang dibenarkan beroperasi. Jabatan -jabatan kerajaan di peringkat persekutuan mahupun negeri diwajibkan melaksanakan kaedah BDR (Bekerja dari Rumah) sepenuhnya sepanjang tempoh tersebut selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara  KSN 1KSN 2Bermula hari ini, 1 Jun 2021 warga Zon Batu Gantung dan semua pegawai serta kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan...

Monday, 11 January 2021

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - PULAU PINANG ANTARA 6 NEGERI TERLIBAT

 MKN INFOSekali lagi kita dikejutkan dengan berita tentang Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri pada berita jam 6:00 petang semalam ( 11 Januari 2021). Sebagaimana yang semua maklum kadar pertambahan kes baharu Covid-19 di negara kita semakin hari semakin meningkat dan membimbangkan. Sehingga kini angka terbaru kes tersebut mencapai lebih 2 ribu kes sehari.Perintah Kawalan Pergerakan kali ini dilaksanakan secara bersasar kepada 3 kumpulan negeri iaitu;-1. Perintah Kawalan Pergerakan (6 buah negeri)2. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (6 buah negeri)3. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (2 Negeri)Negeri Pulau Pinang antara...

TERIMA KASIH CC MOZA & SELAMAT DATANG CC WAN

 Y.A.A Dato menyampaikan cenderahati pada Puan MozalinaJumaat.8 Januari 2021.12:30 tengah hari : Setelah hampir 7 tahun lebih berkhidmat di Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan JKSNPP, Puan Nor Mozalina atau lebih mesra disapa "CC Moza" perlu bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya berkuatkuasa 28 Disember 2020.Mengekalkan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) WW22 di tempat baru, kekosongan yang dtinggalkan beliau diganti oleh Pembantu Tadbir (Kewangan) WW22 dari Pejabat Agama iaitu Puan  Wan Nur Izyan binti Othman.Sebagai tanda menghargai segala jasa CC Moza selama perkhidmatannya, satu majlis perpisahan...

Thursday, 31 December 2020

SELAMAT DATANG 2021

 Hari Terakhir Tahun 2020: 31 Disember #kamitakramaitapiadaTahun 2020 hampir melabuhkan tirainya. Hari ini merupakan hari terakhir bagi kalender 2020. Tahun yang pastinya akan menjadi kenangan dan sejarah bagi kita semua khasnya rakyat Malaysia. Dengan bermulanya wabak pandemik Covid-19, PKP, PPB, PKPD dan kematian hampir 500 orang rakyat Malaysia.Kita diuji dengan kesabaran, kecekalan, sifat kemanusiaan yang tinggi.Warga Zon Batu Gantung juga tidak terlepas. Kesukaran melaksanakan tugas ketika BDR, perlu cakna dengan Norma Hidup Baharu dan Norma Baharu dalam Pekerjaan..dicelah-celah kerisauan dengan virus Covid-19 yang semakin hari...

Thursday, 3 December 2020

JOM AUDIT ZON BATU GANTUNG

 Ketua Hakim Syarie turun padang audit Zon Batu GantungIsnin, 30 November 2020 : Seperti yang semua sedia maklum, auditan kali ke 2 EKSA ataupun Ekosistem Sektor Awam bagi Zon Batu Gantung telah ditetapkan pada 30 November 2020 pada hari Isnin. Sesi Pembukaan Auditan telah bermula pada jam 9:00 pagi dan dihadiri oleh semua warga Zon .Sesi Pembukaan yang dipengerusikan oleh YAA Mohamad Abdul Karim bin Abdul Wahab bersama kumpulan auditor yang diketuai oleh Tuan Najmuddin. Kemudian kumpulan auditor seramai 4 orang telah dibawa melawat kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk auditan. Beberapa orang pegawai dan kakitangan dari Zon Batu...

Friday, 20 November 2020

MAJLIS PELANCARAN ENAKMEN KAEDAH- KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS)

MAJLIS PELANCARAN ENAKMEN KAEDAH- KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS).video gimik pelancaran Alhamdulillah, berakhirnya satu penantian yang panjang..Selama hampir 20 tahun JKSNPP berusaha untuk mewujudkan ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS) . Usaha dan kerjasama yang padu dari individu-individu yang terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Perancangan Kaedah-kaedah tersebut dari awal sehingga kaedah-kaedah tersebut diwartakan dan dibukukan amatlah dihargai. Antara yang terlibat secara lansung dalam mewujudkan Enakmen tersebut ialah Puan Hasniah Binti Hassan,...

Friday, 30 October 2020

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT (Gotong- Royong Perdana Eksa kali 2 )

 Gotong-Royong Perdana EKSA Bil. 2 Tahun 2020Gotong-royong Perdana Eksa 2, 30 Oktober 2020. Jumaat . Sekali lagi warga Zon Batu Gantung berganding bahu bersama-sama menjayakan aktiviti gotong- royong Perdana sebagai persiapan akhir menjelang Audit Dalaman Eksa kali ke 2 yang telah dijadualkan pada hari Selasa, 3 November 2020.Aktiviti gotong- royong bermula seawal jam 9:00 pagi dan kemudian berhenti rehat seketika bagi memberi peluang kepada kakitangan dan pegawai lelaki menunaikan Solat Jumaat dan kemudian bersambung semula sehingga jam 6:00 petang. Bermula dari tingkat 6, Pejabat Ketua Hakim Syarie sehingga seluruh kawasan parking kompleks. Walaupun...

Page 1 of 14123Next

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail