Sunday 20 May 2018

PROGRAM TADARUS AL-QURAN JKSNPP SEMPENA RAMADHAN 1439H

Khamis, 17 Mei 2018- Biro Dakwah, Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran Peringkat Jabatan Sempena Ramadhan 1439H yang akan berjalan secara serentak di semua Unit/ Bahagian/ Mahkamah mengikut pembahagian juzuk yang telah ditetapkan. Zon Lebuh Victoria telah diberikan bermula dari juzuk 20 hingga 23. Juzuk 20-21 akan dingaji oleh warga lelaki Zon Lebuh Victoria manakala juzuk 22-23 akan dingaji oleh warga perempuan zon Lebuh Victoria. Majlis KhataM Al-Quran akan diadakan pada 1 Jun 2018. Semoga semua warga zon Lebuh Victoria mengambil peluang ini untuk membuat amal soleh seberapa yang mungkin di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ALLAH terima semua amalan yang kita buat di bulan Ramadhan ini. InsyaALLAH. "SELAMAT BERPUASA & BERIBADAH, SEMOGA ALLAH TERIMA SEGALA AMALAN":


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail