Tuesday 29 May 2018

PERTANDINGAN BLOG EKSA PERINGKAT JABATAN

Rabu, 23 Mei 2018- Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Terdapat dua (2) juri jemputan telah dijemput dari Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri pada hari ini iaitu Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa sebagai juri jemputan bagi menilai dan memberikan pemarkahan untuk pertandingan ini. Sebanyak empat  (4) kriteria telah dinilai di dalam pertandingan ini iaitu Kandungan Blog, Persembahan, Kreativiti dan Korporat serta Komitmen. Pertandingan ini telah diambil bahagian oleh kesemua tujuh (7) zon iaitu Lebuh Armenian, Lebuh Light, Lebuh King, Lebuh Queen, Lebuh Downing, Lebuh Campbell dab Lebuh Victoria sendiri. Keputusan bagi pertandingan ini akan diumumkan bersama dengan keputusan Pertandingan Bilik Fail Paling Efisyen dan Kaunter Terbaik. Ketua Zon dan Pentadbir Blog EKSA bagi setiap zon perlu mempersembahkan persembahan blog masing-masing. Mampukan zon Lebuh Victoria muncul juara bagi edisi kali ini????๐Ÿ˜‰Jeng...jeng..jeng.. Sama-sama kita nantikan keputusan tersebut.๐Ÿ˜…


Juri Jemputan Dari Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri




Sesi pembentangan persembahan dari Zon Lebuh Queen










Sesi taklimat sebelum bermula pertandingan Blog EKSA





Sesi penyampaian Cenderahati kepada Puan Siti Fairuz Binti Mustafa oleh YAA Ketua Hakim Syarie




Sesi penyampaian Cenderahati kepada Puan Salbiah Binti Mat oleh YAA Ketua Hakim Syarie

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail