Monday 1 October 2018

KUIZ EKSA JAWATANKUASA INDUK LATIHAN

Jumaat, 7 September 2018- Kuiz EKSA telah diadakan dalam slot Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 telah berlangsung yang dianjurkan oleh Jawankuasa Induk Latihan. Seramai enam (6) orang peserta mengambil bahagian dalam kuiz ini mewakili zon masing-masing. Pemilihan peserta dibuat melalui undian. Zon Lebuh Victoria diwakili oleh Encik Mohd Saufee Bin Nayan. Syarat pertandingan ini ialah mempunyai tiga (3) pusingan, setiap seorang perlu akan menjawab satu (1) soalan, jika peserta gagal menjawab akan dibuka kepada ahli zon, jika ahli zon juga gagal menjawab, zon lain dibenarkan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan tersebut perlu dijawab dalam masa 30 saat. Pemenang pertandingan Kuiz EKSA ini adalah wakil dari Zon Lebuh Victoria iaitu Encik Mohd Saufee Bin Nayan dengan menjawab kesemua soalan dengan betul. Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Saufee Bin Nayan. Syabas diucapkan kepada Jawankuasa Induk Latihan kerana berjaya menganjurkan kuiz sebegini dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.


AKTIVITI KUIZ EKSA






0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail