Monday 1 October 2018

PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2018 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINNAG

Jumaat, 7 September 2018- Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

 Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan acara senamrobik untuk meregangkan otot dan kebaikan kesihatan. Majlis kemudian disususli dengan ceramah berkaitan tajuk Amalan-Amalan Hijau Di Pejabat. Majlis diteruskan oleh Pengerusi Majlis, Tuan Mohd Najmuddin Bin Hj Mustafa dan diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zahir Bin Ismail. Majlis diteruskan dengan Kuiz EKSA yang dikendalikan oleh Tuan Muhamad Anuar Bin Shaari selaku Pengerusi Jawatankuasa Latihan EKSA, di dalam slot ini beberapa soalan diajukan kepada wakil zon-zon EKSA Jabatan bagi melihat kefahaman tentang pembudayaan amalan EKSA di Jabatan ini.  
 Agenda majlis kemudianya diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang, Anugerah bagi sesi ketiga 2018 telah diberikan kepada Puan Siti Rohayu Binti Desa (Pembantu Syariah di MRS Seberang Perai Utara) tahniah diucapkan semoga terus memberi perkhidmatan yang cemerlang pada masa akan datang. Jabatan kemudiannya telah berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada ahli Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang memperolehi Emas dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah & Sarawak. Acara berikutnya adalah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan EKSA yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA dan pemenang Kuiz EKSA yang diadakan diawal majlis sebentar tadi. Majlis kemudian diteruskan dengan Slot Jasamu Dikenang bagi meraikan kakitangan Jabatan yang telah bertukar iaitu Encik Mohd Shakhoff Bin Rosli yang bertukar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Mohd Hafiz Bin Akhmar yang bertukar ke Pejabatan Tanah dan Galian Daerah Seberang Perai Utara.
 Maka tibalah masa untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang. Antara intipati ucapan YAA Dato' adalah supaya sebarang urusan dimaklumkan kepada penyelia untuk memudahkan pemantauan. Selain itu, kakitangan Jabatan hendaklah bertindak sebagai perantara kedapa orang awam bagi menjelaskan dasar-dasar yang dibuat oleh Jabatan. YAA Dato' juga turut aktiviti-aktiviti yang diadakan sebelum ini contohnya aktiviti mendaki Bukit Bendera supaya dapat teruskan kerana banyak manfaat yang dapat diperolehi dan menyihatkan badan. Turut disentuh dalam amanat yang disampaikan adalah program yang terdekat Badan Kebajikan Sukan JKSN Pulau Pinang (BAKEPP) iaitu Hari Keluarga 2018 Jabatan.
 Akhir sekali majlis menjemput ahli BAKEPP yang dilahirkan pada bulan Julai 2018 hingga September 2018 yang diraikan dengan pemberian cenderahati bagi memperingati hari kelahiran mereka. Berakhir sudah perhimpunan bulanan kali, warga Jabatan diminta menjamu selera dengan hidangan jamuan makan yang disediakan sebelum bersurai.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail