Monday 1 October 2018

PERTANDINGAN BILIK FAIL PALING EFISIEN & KAUNTER TERBAIK

Rabu, 1 Ogos 2018- Jawatankuasa Induk EKSA telah mengadakan Pertandingan Kaunter dan Bilik Fail Terbaik yang berlangsung serentak di semua zon. Juri bagi pertandingan ini diketuai oleh Y.A.A Dato' Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie serta dua (2) orang juri jemputan iaitu Cik Asmarina Binti  Abo Mansor dan Encik Sufian Mohd Shadzaly daripada Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang. Antara kriteria yang diperlukan bagi Bilik Fail Paling Efisien ialah kebersihan dan kekemasan bilik fail, pelabelan pada ruangan bilik fail serta sistem kawalan dan pergerakan fail. Keceriaan dan kekemasan kaunter, mempamerkan maklumat korporat berkaitan kaunter dan perkhidmatan kaunter mesra pelanggan antara kriteria yang dinilai bagi Kaunter Terbaik. Zon Lebuh Victoria hanya dinilai bagi Bilik Fail Paling Efisien kerana tiada kaunter bagi Zon Lebuh Victoria. Sepanjang sesi penilain berlangsung, kesemua warga Zon Lebuh Victoria mengambil bahagian serta memberikan kerjasama yang terbaik kepada kesemua juri.Zon Lebuh Victoria memang terbaikkkk!!!!!

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail