Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Monday, 31 May 2021

TOTALLY 'LOCK ' DI RUMAH


Pelaksanaan PKP Penuh ('Total Lockdown') | MHI (31 Mei 2021) - YouTube

Berikutan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, keputusan melaksanakan PKP 3.0  selama 14 hari bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 adalah amat diperlukan. Selaras dengan keputusan itu, Sebanyak 17 sektor ekonomi sahaja yang dibenarkan beroperasi. Jabatan -jabatan kerajaan di peringkat persekutuan mahupun negeri diwajibkan melaksanakan kaedah BDR (Bekerja dari Rumah) sepenuhnya sepanjang tempoh tersebut selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara  

KSN 1
KSN 2









Bermula hari ini, 1 Jun 2021 warga Zon Batu Gantung dan semua pegawai serta kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan bertugas dari rumah sebagaimana Memo yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang bertarikh 31 Mei 2021 (JKSPP.100-1/6/3 Jld 3(23).Memo Arahan Berkerja dari Rumah. Untuk info maklumat lebih lanjut sila paut ke PKP 3.0

Selamat Bertugas dari rumah. Kekal selamat di rumah. Jaga Diri jaga KELUARGA, Jaga KOMUNITI dan patuhi SOP SENTIASA. 

Admin sayang warga ZON BATU GANTUNG😘







Monday, 11 January 2021

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - PULAU PINANG ANTARA 6 NEGERI TERLIBAT

 

MKN INFO

Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita tentang Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri pada berita jam 6:00 petang semalam ( 11 Januari 2021). Sebagaimana yang semua maklum kadar pertambahan kes baharu Covid-19 di negara kita semakin hari semakin meningkat dan membimbangkan. Sehingga kini angka terbaru kes tersebut mencapai lebih 2 ribu kes sehari.

Perintah Kawalan Pergerakan kali ini dilaksanakan secara bersasar kepada 3 kumpulan negeri iaitu;-

1. Perintah Kawalan Pergerakan (6 buah negeri)

2. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (6 buah negeri)

3. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (2 Negeri)

Negeri Pulau Pinang antara negeri yang dikenakan PKP. Perintah Kawalan Pergerakan ini akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tgh malam hari Rabu 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Selama 14 hari dalam mode PKP ini tiada aktiviti rentas negeri mahupun rentas daerah dibenarkan diseluruh negara.

Pada semua warga Zon Batu Gantung..teruskan istiqomah melaksanakan tugas sebagai penjawat awam dengan cekal, teruskan mengamalkan budaya norma kerja baharu, amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa peka dengan informasi-informasi terkini dari MKN, KKM dan Pentadbiran SUK untuk perkembangan terkini mengenai SOP, arahan tugas dan maklumat mengenai COVID-19 dan PKP 2021.




TERIMA KASIH CC MOZA & SELAMAT DATANG CC WAN

 


Y.A.A Dato menyampaikan cenderahati pada Puan Mozalina

Jumaat.8 Januari 2021.12:30 tengah hari : Setelah hampir 7 tahun lebih berkhidmat di Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan JKSNPP, Puan Nor Mozalina atau lebih mesra disapa "CC Moza" perlu bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya berkuatkuasa 28 Disember 2020.

Mengekalkan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) WW22 di tempat baru, kekosongan yang dtinggalkan beliau diganti oleh Pembantu Tadbir (Kewangan) WW22 dari Pejabat Agama iaitu Puan  Wan Nur Izyan binti Othman.

Sebagai tanda menghargai segala jasa CC Moza selama perkhidmatannya, satu majlis perpisahan secara sederhana telah diadakan pada hari ini oleh Bahagian Khidmat Pengurusan bertempat di Bilik Media Cetak, Tingkat 5 JKSNPP. Majlis yang dimulai dengan amanat ringkas dari Ketua Hakim Syarie, YAA Dato' Muhammad Abdul Karim bin Wahab. Pada majlis kecil ini juga, YAA Dato selaku Ketua jabatan telah  sudi menyampaikan cenderahati tanda kenangan dari pihak pengurusan kepada CC Moza. Majlis jamuan makan bertemakan 'pot luck' berlansung dengan meriahnya.

Tahniah diucapkan kepada CC Moza, semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah di tempat baru. Ibarat kata pepatah  "patah tumbuh hilang berganti" namun CC Moza.. jasamu sentiasa dihati. 

Buat CC Wan, selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan, ahli keluarga baru Zon Batu Gantung. 

Zon yang sentiasa ceria dan bersemangat. Untuk melihat gambar- gambar selebihnya..klik pautan ini yaaaaa..farewell CC Moza





Thursday, 31 December 2020

SELAMAT DATANG 2021

 


Hari Terakhir Tahun 2020: 31 Disember 

#kamitakramaitapiada

Tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya. Hari ini merupakan hari terakhir bagi kalender 2020. Tahun yang pastinya akan menjadi kenangan dan sejarah bagi kita semua khasnya rakyat Malaysia. Dengan bermulanya wabak pandemik Covid-19, PKP, PPB, PKPD dan kematian hampir 500 orang rakyat Malaysia.

Kita diuji dengan kesabaran, kecekalan, sifat kemanusiaan yang tinggi.Warga Zon Batu Gantung juga tidak terlepas. Kesukaran melaksanakan tugas ketika BDR, perlu cakna dengan Norma Hidup Baharu dan Norma Baharu dalam Pekerjaan..dicelah-celah kerisauan dengan virus Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan. Namun itu semua berjaya diatasi dengan semangat kerjasama dan kasih sayang yang tinggi di kalangan Warga Zon.

Alhamdulillah.. Esok bermula hari baru bagi Dunia..dan kita semua. Diharapkan 2021 memberi sinar yang lebih indah buat kita semua. Selamat Bercuti pada semua warga Zon dari admin blog Zon Batu Gantung. Terima kasih pada semua warga admin yang bertugas pada hari terakhir. Insha Allah bertemu di tahun hadapan.

Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Semua!!


Thursday, 3 December 2020

JOM AUDIT ZON BATU GANTUNG

 

Ketua Hakim Syarie turun padang audit Zon Batu Gantung

Isnin, 30 November 2020 : Seperti yang semua sedia maklum, auditan kali ke 2 EKSA ataupun Ekosistem Sektor Awam bagi Zon Batu Gantung telah ditetapkan pada 30 November 2020 pada hari Isnin. Sesi Pembukaan Auditan telah bermula pada jam 9:00 pagi dan dihadiri oleh semua warga Zon .Sesi Pembukaan yang dipengerusikan oleh YAA Mohamad Abdul Karim bin Abdul Wahab bersama kumpulan auditor yang diketuai oleh Tuan Najmuddin. Kemudian kumpulan auditor seramai 4 orang telah dibawa melawat kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk auditan. Beberapa orang pegawai dan kakitangan dari Zon Batu Gantung juga telah turut serta mengiringi kumpulan auditor, antaranya Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi, En Sukimam bin Mat Yasin, Cik Norashikin bt Md Nadzry, Cik Siti Nuraisyah binti Abdul Ghani, En Muhammad Rais bin Zafarull Khan, Puan Nabila Balqis binti Hasnol dan En Abdul Muiz bin Jaafar. YAA Muhamad Abdul Karim bin Wahab juga telah sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam sesi auditan sebagai wakil dari pihak Jawatankuasa Induk EKSA.

Alhamdulillah dalam sesi auditan kali ini banyak komen positif diterima dari para auditor. Syabas warga Zon atas kerjasama yang diberikan. 



Friday, 20 November 2020

MAJLIS PELANCARAN ENAKMEN KAEDAH- KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS)

MAJLIS PELANCARAN ENAKMEN KAEDAH- KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS).





Alhamdulillah, berakhirnya satu penantian yang panjang..Selama hampir 20 tahun JKSNPP berusaha untuk mewujudkan ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (FI, ELAUN DAN KOS) . Usaha dan kerjasama yang padu dari individu-individu yang terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Perancangan Kaedah-kaedah tersebut dari awal sehingga kaedah-kaedah tersebut diwartakan dan dibukukan amatlah dihargai. Antara yang terlibat secara lansung dalam mewujudkan Enakmen tersebut ialah Puan Hasniah Binti Hassan, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang yang juga merupakan warga Zon Batu Gantung. 


Majlis Pelancaran yang telah diadakan secara sederhana tetapi meriah ini, pada 4 November 2020, hari Rabu jam 2:30 petang di Dewan Serbaguna KKSNPP dan di hadiri seramai 100 orang tetamu jemputan dari pelbagai agensi jabatan negeri.  Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Muhamad Abdul Karim bin Wahab telah  berkesempatan menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. 


Syabas dan Tahniah buat Puan Hasniah dari kami warga Zon Batu Gantung atas usaha beliau. Diharapkan ianya dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada semua warga Zon.

untuk melihat gambar-gambar majlis pelancaran sila klik disini:Majlis Pelancaran Warta





Friday, 30 October 2020

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT (Gotong- Royong Perdana Eksa kali 2 )

 Gotong-Royong Perdana EKSA Bil. 2 Tahun 2020


Gotong-royong Perdana Eksa 2, 30 Oktober 2020. Jumaat . Sekali lagi warga Zon Batu Gantung berganding bahu bersama-sama menjayakan aktiviti gotong- royong Perdana sebagai persiapan akhir menjelang Audit Dalaman Eksa kali ke 2 yang telah dijadualkan pada hari Selasa, 3 November 2020.

Aktiviti gotong- royong bermula seawal jam 9:00 pagi dan kemudian berhenti rehat seketika bagi memberi peluang kepada kakitangan dan pegawai lelaki menunaikan Solat Jumaat dan kemudian bersambung semula sehingga jam 6:00 petang. Bermula dari tingkat 6, Pejabat Ketua Hakim Syarie sehingga seluruh kawasan parking kompleks. 

Walaupun ramai warga zon yang masih bercuti sempena Maulidur Rasul, aktiviti gotong-royong tetap berjalan dengan lancar. Beberapa kawasan yang memerlukan perhatian telah dapat dikenal pasti dan penambahbaikan dapat dilakukan dengan segera seperti pondok pengawal di pagar utama, tandas dan beberapa kawasan lagi. 

Seramai 9 orang kakitangan dan pegawai telah sama- sama menjayakan aktiviti ini. Ketua Zon Batu Gantung,  En Sukimam bin Mat Yassin juga 'turun padang'  mengetuai aktiviti gotong- royong sehingga selesai.

Syabas warga Zon Batu Gantung.!! 



Thursday, 29 October 2020

SALAM MAULIDUR RASUL 1442H/ 2020M

 


Setiap tahun kita memperingati hari keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai acara seperti perarakan, ceramah, anugerah dan sebagainya. Namun berbeza dengan tahun ini, kerajaan negeri memutuskan tiada acara besar-besaran seperti perarakan berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Walaubagaimanapun beberapa buah masjid telah diberi kebenaran untuk mengadakan sambutan kecil-kecilan tetapi dengan SOP yang ketat dan setiap jemputan adalah terhad dan perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan.  Apa pun keadaanya Maulidur Rasul tetap dirasai dalam diri setiap umat islam yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul. Walaupun tiada sambutan , diharap semua Warga Zon Batu Gantung dapat menghayati tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini "UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI"

Selamat Bercuti pada semua warga zon , jangan lupa perbanyakkan selawat, zikir dan membaca sirah nabi ya. 

Stay at HOME and SELAWAT ok!




Wednesday, 29 July 2020

JOM PUASA HARI ARAFAH!!


Hari Arafah dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah selain hari Jumaat
Hari Arafah adalah hari dimana salah satu rukun fardhu bagi Umat Islam yang mengerjakan haji berwukuf di Padang Arafah. Bagi Umat Islam yang tidak mengerjakan haji, mereka dianjurkan berpuasa, berzikir dan melakukan amalan -amalan sunat yang lain. Jadi , apalagi "Jom Kita Berpuasa Hari Arafah" . 

Tuesday, 28 July 2020

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1 TAHUN 2020


AUDIT EKSA DI ZON BATU GANTUNG

sesi taklimat penutup audit EKSA 

Selasa, 28 Julai 2020
- Sesi Auditan EKSA di Zon Batu Gantung telah berlansung dengan jayanya. Seramai 4 orang auditor yang diketuai oleh Puan Dalilah Hanisah binti Abu Bakar dan 2 orang auditor tetap iaitu Tuan Mohd  Najmuddin bin Hj Mustafa, Pn. Hamizah binti Hamid dan seorang auditor jemputan iaitu Tn Mohd Fuad bin Abdul Aziz ditugaskan untuk mengaudit Zon Batu Gantung. Ketua Zon Batu Gantung yang baharu, En Sukimam bin Mat Yassin bersama-sama dengan En Saufee bin Mat Nayan telah mengiringi kumpulan auditor sepanjang sesi auditan berlaku.Sebelum itu, taklimat Pembukaan Audit Dalaman Eksa bagi Zon Batu Gantung telah dipengerusikan oleh Puan Ketua Pendaftar selaku ketua unit pentadbiran. Sesi Auditan yang berlansung dari jam 10: 30 sehingga jam 3:00 petang merangkumi kawasan parking dan halaman kompleks, aras G, Aras 1, Aras 5, Aras 6 dan juga BLOG telah mendapat ulasan yang baik dari pihak auditor. Sebanyak 65 penemuan telah direkodkan dan akan diberi penambahbaikan dalam masa yang terdekat. 

Monday, 27 July 2020

SALAM LEBARAN ADMIN ONLINE


SELAMAT HARI RAYA 1441H,



Selamat hari raya kepada semua warga Zon Batu Gantung, 
terimalah video khas sebagai pengganti diri.

#rayadirumah
#adminrayaonline

Gotong- Royong Perdana EKSA pasca PKPP



Gotong -Royong Perdana Eksa 

24 Julai 2020. Jumaat : Satu aktiviti gotong -royong Eksa bagi Zon Batu Gantung telah diadakan sebagai persiapan menghadapi Audit Dalam EKSA yang akan diadakan pada 27-30 Julai 2020. Walaupun pada tarikh yang sama sebilangan pegawai dan kakitangan Zon Batu Gantung terlibat dengan Mesyuarat JKPAK, aktiviti tetap berjalan dengan lancar. En Sukimam bin Mat Yassin , Ketua Zon Batu Gantung yang baharu telah mengetuai aktiviti.

                                                          gambar gotong-royong


Wednesday, 22 July 2020

TAHNIAH & SELAMAT DATANG Y.A.A KETUA HAKIM SYARIE



Y.A.A Muhamad Abdul Karim bin Wahab

4.5.2020 Isnin: Kerusi Ketua Hakim Syarie akhirnya terisi. Pejabat Ketua Hakim Syarie kembali berseri dengan kehadiran Yang Amat Arif Muhamad Abdul Karim bin Wahab yang telah dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang yang baharu menggantikan Yang Amat Arif Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Halim yang dilantik sebagai Hakim Rayuan JKSM.

Seluruh warga kehakiman syariah negeri pulau pinang khasnya dan warga Zon Batu Gantung amnya, mengucapkan sekalung tahniah dan amat mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Arif Mohamad Abdul Karim bin Wahab yang memulakan tugas secara rasmi mulai hari ini.

Semoga Jabatan Kehakiman Syarie Pulau Pinang akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang di bawah kepimpinan Yang Amat Arif Mohamad Abdul Karim bin Wahab.

Selamat Bertugas!



             

Monday, 20 July 2020

Terkini .. Amaran Covid 19


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


ALLAHUAKBAR!!! Negara Malaysia diserang Wabak Covid 19. Apa itu Covid 19?  Sila ke pautan yang di sediakan untuk mendapat info lanjut mengenai COVID dan segala maklumat terkini mengenainya https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov.

Berikutan itu Kerajaan telah mengambil langkah untuk membendung penularan wabak ini dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari tarikh 18 Mac hingga 31 Mac ini. 



Segala aktiviti ekonomi dan pekerjaan ditutup buat sementara waktu. Larangan merentas negeri juga dikuatkuasakan pada ketika ini. Hanya beberapa bidang berkaitan keperluan  utama seperti bekalan Air, Api, Makanan, Pengangkutan, Kesihatan dan beberapa perkhidmatan lagi yang disenaraikan sahaja dibenarkan. Kepada semua Ahli Zon Batu Gantung..jaga diri dimana sahaja Tuan/Puan berada. patuhi arahan PKP dan marikah sama- sama kita membantu para doktor dan petugas barisan hadapan memerangi Wabak ini.

Layari Laman Web MKN untuk maklumat lebih lanjut mengenai PKP :https://www.mkn.gov.my/web/ms/


STAY SAFE STAY AT HOME





PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA II

1- 14 APRIL 2020


Nampaknya warga zon semua kena duduk di rumah untuk tempoh lagi 2 minggu la ye..
Semua ini demi kebaikan kita juga.  PKP (Bersyarat) ini juga lebih ketat dari PKP yang pertama. Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM dari masa ke semasa. Diharapkan semua warga zon Batu Gantung sentiasa berhati-hati dan amalkan penjagaan kebersihan diri seperti yang sentiasa disarankan oleh KKM ya. Semoga semua Warga Zon Batu Gantung kekal selamat walau di mana jua berada.
 Layari Laman Web MKN untuk maklumat lebih lanjut mengenai PKP :https://www.mkn.gov.my/web/ms/ dan KKM ye :http://covid-19.moh.gov.my/

😍😍
antara aktiviti yang dibenarkan sepanjang tempoh PKP 2
sumber MKN

Terus kekal di rumah untuk lebih sihat & lebih Selamat
 #stayathomeforthem
#salutetofronliners



PM UMUM PKP DISAMBUNG LAGI.....


" Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We are doing well so far, so just uplift your spirits and continue to fight. If we persevere, insya-Allah we will win." - TSMY

Sidang Media Khas Oleh Perdana Menteri pada 10 April 2020


Rasanya semua warga zon telah sedia maklum bahawa PKP akan dilanjutkan lagi dari 15 April sehingga 28 April. Tindakan ini diambil oleh pihak Kerajaan kerana terdapat peningkatan Kluster yang ketara dan jumlah pesakit yang positif semakin meningkat. Angka korban wabak ini juga semakin bertambah dari sehari ke sehari. Ya, satu perkembangan yang menakutkan. 
Namun begitu, menurut Perdana Menteri, PKP Fasa 3 yang ditetapkan sehingga 28 April ini akan memberikan beberapa kelonggaran kepada beberapa sektor yang sebelum ini dilarang untuk beroperasi

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan telah bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semuka secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.



"Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan." katanya.



Berikut merupakan senarai sektor yang ditambah dan dibenarkan beroperasi sepanjang PKP Fasa 3;
  1. Industri Aeroangkasa
  2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).
  3. Industri Mesin dan peralatan .
  4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.
    • Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama. 
    • Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas.
    • Kerja-kerja terowong.
    • Kerja-kerja penyelenggaraan.
    • Kerja-kerja cerun.
    • Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak.
    • Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak.
    • Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya.
    • Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas.
    • Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
  5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada:
    • perkhidmatan berkaitan guaman;
    • aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19;
    • makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan
    • perkhidmatan berkaitan minyak & gas.
  6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)
  7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.
  8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).
  9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)
*Makluman buat semua warga Zon.. sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan tugas tuan/puan   sepanjang waktu PKP ini atau apa sahaja  perkara berkaitan Unit Pentadbiran dan Pengurusan bolehlah berhubung dengan Puan Noor Khatijah Khairun ditalian peribadi beliau atau Whatsapps jerrrrr.👍

Terus kekal di rumah untuk lebih sihat & lebih Selamat
 #stayathomeforthem
#salutetofronliners
#weneedtowin


PKP disambung lagi...



Salam Ramadhan 1441H. 

Selamat Berpuasa kepada semua Warga Zon Batu Gantung. Ramadhan kali ini agak istimewa bagi semua umat islam seluruh dunia kerana kali ini disambut dalam suasana lockdown akibat pandemik COVID 19. Perintah Kawalan Pergerakan juga telah dilanjutkan lagi bagi tempoh 2 minggu lagi sehingga 12 Mei 2020. 

Selamat mengerjakan ibadah puasa !

Jangan lupa Solat Terawikh yeee.


SELAMAT DATANG 2020...



                           






Ahlan Wa Sahlan kepada semua warga Zon Batu Gantung!!!  Rasanya macam baru je lagi kan kita berada di tahun 2019 ..tup tap tup tap dah masuk tahun 2020. Alhamdulillah banyak kenangan yang telah kita lakar bersama di tahun 2019.., antara yang Cik Min masih tak boleh " move on" ialah Majlis Perasmian Kompleks Kehakiman Syariah oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustain Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al- Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Sungguh meriah kan perasmian pada hari tu..rakyat jelata dari segenap pelusuk negeri Pulau Pinang berbondong-bondong datang untuk sama- sama meraikan hari yang bersejarah bagi kita semua khasnya warga kerja JKSNPP.

Ayuh kita mulakan tahun 2020 dengan sisa kegembiraan semalam dan semoga kita semua terus bersemangat untuk mencurahkan bakti sebagai penjawat Awam seperti yang dicaknakan melalui slogan " CEKAP, AKAUNTIBILITI & TELUS".


Monday, 11 November 2019

Program "Urban Garden" Zon Batu Gantung





ini "chilli-lah"

Urban garden atau lebih dikenali sebagai pertanian Bandar atau kebun bandar merupakan satu cara  sistem pertanian yang semakin 'viral' mutakhir ini. Tidak mahu ketinggalan dalam budaya yang semakin trending ini, Zon Batu Gantung dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Timur Laut/ Barat Daya telah mengorak langkah melaksanakan Program Urban Garden Zon Batu Gantung. Pada 30 Oktober 2019, jam 10.00 pagi telah berlangsung satu aktiviti penanaman anak pokok cili sebanyak 29 pot yang disumbangkan oleh Jabatan Pertanian. Aktiviti yang disertai oleh semua ahli Zon Batu Gantung itu bersama En Abdul Halim bin Abdul Aziz, iaitu Pegawai Pertanian yang terlibat telah berlansung dalam suasana yang santai dan penuh informasi. Melalui aktiviti tersebut, setiap ahli zon diamanahkan untuk menjaga pot anak pokok cili masing-masing. Menurut En Abdul Halim, anak pokok cili tersebut akan mengeluarkan hasil 2 bulan dari tarikh anak pokok dipindahkan kedalam pasu. Tahniah Zon Batu Gantung atas inisiatif yang menarik ini. Sama- sama kita nantikan hasilnya 2 bulan dari sekarang. Yeaaaayyyyyy!!!!



Thursday, 31 October 2019

Pertandingan Surau Paling Efisien 2019



27 September, 2019. Pada 26, September 2019, telah berlansung satu pertandingan Surau Paling Efisen dan " Best Practise' di antara semua zon. Aktiviti Auditan telah dilakukan selama 1 hari bermula dengan Surau Zon Bandaraya dan berakhir dengan surau Zon Batu Gantung pada lewat petang Khamis. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP supaya amalan EKSA dikalangan semua kakitangan JKSNPP sentiasa berterusan. Zon Batu GAntung telah berjaya meraih tempat kedua didalam pertandingan tersebut. TAHNIAH & SYABAS...kepada  Y.A.A Dato serta semua ahli zon yang sentiasa bekerjasama menjaga keindahan dan kecantikan Surau.

Tuesday, 24 September 2019

PERTUKARAN NAMA ZON

Pada 21 Ogos 2019, telah diputuskan dalam Mesyuarat Induk Eksa Bil. 2 Tahun 2019 berkenaan pertukaran nama semua zon di JKSNPP. Pertukaran nama zon asal kepada nama zon kawasan. Bagi Zon Lebuh Victoria ditukarkan ke nama Zon Batu Gantung. Pertukaran nama zon ini berkuat kuasa serta merta.

GOTONG-ROYONG PERDANA ZON BATU GANTUNG

Gambar-gambar aktiviti gotong-royong Zon Batu Gantung.




Jumaat, 6 September 2019- "Muafakat Membawa Berkat", itulah gambaran yang dapat dilihat semasa berlansungnya aktiviti Gotong-Royong Perdana Zon Batu Gantung baru-baru ini. Aktiviti gotong -royong kali ini lebih kepada usaha untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan luar dan juga dalam pagar sekitar kompleks kehakiman. Aktiviti yang bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang telah berlansung dalam suasana yang meriah dan penuh dengan semangat kerjasama.
Aktiviti ini juga turut disertai oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Hamid yang telah bersama-sama 'turun padang' membantu membersihkan kawasan dan mengindahkan lanskap sekitar kompleks. Syabas dan tahniah kepada semua ahli zon yang telah menjayakan aktiviti tersebut terutamanya YAA Ketua Hakim Syarie yang sentiasa menunjukkan semangat bekerjasama dalam menerajui Zon Batu Gantung.


Tuesday, 2 October 2018

MESYUARAT EKSA ZON LEBUH VICTORIA BIL 3/2018

Khamis, 13 September 2018- Pada jam 9.30 pagi telah berlangsung mesyuarat EKSA Zon Lebuh Victoria Bil 3/2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.A.A Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie. Y.A.A Dato' memberi penekanan kepada semua teguran Audit Dalam EKSA yang lepas serta memperbaiki teguran yang terdapat semasa audit tersebut. Beliau menyeru semua ahli Zon Lebuh Victoria supaya bekerja lebih keras bagi menaikkan kembali imej Zon Lebuh Victoria bagi auditan yang akan dijalankan pada 02 hingga 04 Oktober 2018 oleh pihak MAMPU. Gotong-royong akan diadakan pada setiap jumaat dan sabtu bagi tujuan tersebut. Semoga semua ahli zon Lebuh Victoria memberikan komitmen yang terbaik.

Share

Twitter Facebook

 
Wavy Tail